Rabu, 17 Februari 2010

Rahsia Batu Tergantung....Benar atau Palsu?

Batu terbang yang dianggap sebagai keajaiban Isra Miraj atau bukti kebesaran Allah.

Foto Batu terbang yang dianggap sebagai keajaiban Isra Miraj atau bukti kebesaran Allah:



Batu ajaib,… Entah apa lagi sebutan lainnya. Yang jelas, batu yang satu ini sudah ramai diketahui ramai orang dan disebarkan gambarnya melalui email. Salah satu gambar batu melayang ini adalah seperti diatas ini.Untuk mengukuhkan lagi, beberapa komen dan kisah disertakan bersama gambar tersebut. Ramai yang yakin akan kebenaran gambar tersebut termasuk saya pada ketika itu.

Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW sewaktu Israk Mikraj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad hendak Mikraj batu tersebut nak ikut bersama, tetapi Nabi SAW menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut tidak dibenarkan ikut hingga berhenti dalam posisi terapung sampai sekarang. Ada juga yang cuma menyebutkan batu tersebut tiba-tiba melayang setinggi sekitar 10 cm dari tanah di bulan April (entah tahun berapa) kemudian turun lagi.

Berikut ini adalah kutipan dari keterangan yang biasa ditemui di blog atau forum kaum muslimin:

Batu itu adalah batu bekas tempat duduk Nabi Muhammad SAW di masa beliau melaksanakan Isra Mi’raj sampai kini masih tetap melayang di udara. Konon pada saat Nabi Muhammad akan ber-mi’raj, batu tersebut ingin ikut, tetapi segera beliau menghentakan kakinya pada batu itu, maksudnya agar batu tersebut tak usah ikut. Batu gantung ajaib itu berada dalam masjid Umar (Dome of The Rock) di Lingkungan Masjidil Aqsha di Jerusalem.

Sejak melihat foto di atas saya tidak mempercayai kebenaran cerita dan foto tersebut. Saya yakin ada unsur manipulasi gambar di sana. Sementara mengenai cerita yang menyertainya, saya pribadi meragukan karena kalau pun benar, pasti sudah ada dalam buku atau kitab-kitab hadits karangan ulama menceritakan perkara tersebut.

Setelah sekian lama, akhirnya saya menemui beberapa gambar yang sama seperti di bawah. Gambar tersebut berasal dari forum berbahasa arab. Dari sedikit yang boleh saya alih bahasa dari pembicaraan dalam forum tersebut, disimpulkan bahawa foto tersebut tidaklah asli. Orang yang menyatakan hal tersebut memberikan bukti dengan mengambil foto batu tersebut yang ternyata berada di wilayah Al Ahsa, di bagian timur Arab Saudi. Seperti terlihat di bawah, ternyata batu yang asli mempunyai 2 atau 3 penyokong di bawahnya. Jurufoto mendakwa bahwa proses hakisan yang memberikan bentuk batu yang memang unik.









Jadi, kerana ada penyokong batu tersebut jauh lebih kecil daripada batu di atasnya, maka manipulasi gambar dengan menghilangkan penyokong tersebut menjadi seolah-olah benar. Apalagi disokong dengan sudut gambar yang baik. Maka, entah berapa banyak kaum muslimin yang terpedaya kagum, dan komen 'subhanallah atau allahu akbar', 'allah maha besar', 'mcm tu foto “Batu Terbang“' dan sebahagian yang lain menyatakannya sebagai bukti kebesaran Allah swt.

Anda pasti nk tahu dimanakan lokasi dan rupa bentuk batu tersebut bukan? Berikut foto batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW sewaktu Israk Mikraj adalah seperti ini:



batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW sewaktu Isra Miraj yang sekarang berada di bawah Masjid Kubah Emas

Batu inilah yang dilindungi oleh bangunan Masjid Kubah Emas atau Masjid Kubah Batu (Dome of the Rock). Dan seolah-olah batu yang satu ini tidak ingin mengikuti Nabi terbang ke langit…:)

Kredit:Allahmahabesar

Rahsia Misteri Segitiga Bermuda

JURUTERBANG sebuah pesawat kecil yang dalam perjalanan dari Florida ke Kepulauan Bahamas baru saja melaporkan ke Pusat Kawalan Trafik Udara bahawa pesawatnya akan mendaki ke paras 10,000 kaki. Pagi itu cuaca sangat baik, dan lautan yang terbentang luas kelihatan tenang. Si juruterbang dapat melihat kapal-kapal, kecil dan besar, di bawah sana. Melihatkan suasana yang cukup baik, dia begitu yakin dapat melakukan penerbangan dengan lancar, dan membawa penumpang yang bakal diambilnya di Bahamas kelak untuk kembali ke Florida.

Tiba-tiba dia terganggu, atau begitulah keadaan yang dianggap oleh pegawai trafik udara yang mengawasi penerbangan pesawat kecil itu. Suara si juruterbang seolah-olah dalam kebingungan. Butiran percakapannya agak sukar difahami, tetapi dapat juga pegawai itu menangkap beberapa perkara seperti “tidak pasti arah penerbangan”, “kabus datang entah dari mana”, dan “kawalan pesawat kucar-kacir”. Selang beberapa ketika, suara juruterbang itu terus sunyi dalam talian. Tompokan pada skrin kawalan trafik yang menandakan kedudukan pesawat kecil itu tiba-tiba hilang.

Laporan mengenai kehilangan sebuah kapal terbang dan juruterbang, dengan kemungkinan berlakunya kemalangan kapal terbang terhempas, telah difailkan, dan operasi mencari telah dilancarkan. Pencarian telah melibatkan satu kawasan yang luas, tetapi tiada sebarang kesan kapal terbang kecil dan juruterbangnya, jika dia terselamat dari kejadian terhempas. Kapal-kapal yang lalu di situ telah dihubungi, begitu juga banyak pesawat lain yang turut terbang hampir dengan kawasan itu pada pagi tersebut, tetapi tiada sesiapa pun yang perasan akan kapal terbang kecil itu atau apa-apa perkara ganjil.

Ini adalah situasi yang seringkali digambarkan mengenai kes-kes kehilangan di satu kawasan laut khusus di Lautan Atlantik, berdekatan rantau Karibean, yang pada hari ini dikenali sebagai Segitiga Bermuda. Dalam rekod, berpuluh-puluh kapal terbang dan kapal laut telah hilang tanpa dapat dikesan lagi dalam kawasan ini. Apakah sebenarnya yang telah terjadi kepada kapal-kapal terbang dan kapal-kapal laut itu, serta mereka yang berada di dalamnya? Ini adalah soalan yang masih belum terjawab sepenuhnya.

Apakah itu Segitiga Bermuda, dan di manakah lokasinya? Segitiga Bermuda bukanlah satu segitiga fizikal, sebaliknya cuma satu penyempadanan yang membataskan kawasan di mana sering berlakunya kehilangan kapal terbang dan kapal laut secara bermisteri. Segitiga ini disempadani tiga garis lurus yang menghubungkan Pulau Bermuda ke Miami di Florida, Amerika Syarikat, ke Puerto Rico, kemudian kembali ke Bermuda, seperti dalam peta di bawah.





Di dalam kawasan berbentuk segitiga inilah berlakunya kehilangan kapal terbang dan kapal laut tanpa sebarang sebab yang munasabah, dan tanpa dapat dikesan lagi selepas itu, biarpun bangkai pesawat atau kapal, mahupun mayat mereka yang berada di dalamnya – jika hendak dikatakan bahawa pesawat dan kapal itu telah menghadapi kemalangan.

Sebenarnya jumlah bencana pesawat udara dan kapal laut di dalam lingkungan segitiga ini mungkin tidak jauh berbeza dengan kawasan lain di seluruh dunia, tetapi apa yang ganjil adalah bagaimana kes-kes di Segitiga Bermuda berlaku dengan sebegitu bermisteri. Kehilangan sepenuhnya bagi majoriti kes, seolah-olah pesawat udara dan kapal laut itu telah dibawa keluar dari dunia ini bersama-sama anak kapal sekaligus!

Antara kes yang sering disebut berkaitan misteri Segitiga Bermuda adalah kehilangan skuadron pesawat pengebom Amerika Syarikat, dipanggil Flight 19 pada tahun 1945. Skuadron itu telah melakukan penerbangan di kawasan Segitiga Bermuda. Seluruh skuadron tersebut telah lenyap dari imbasan radar, tanpa melaporkan sebarang perkara ganjil kecuali masalah menentukan hala penerbangan, yang mungkin menandakan kerosakan kompas. Sebuah pesawat yang dikerahkan untuk mencari skuadron itu turut hilang, tetapi ia kemudiannya telah ditemui terhempas di laut.

Sebuah kapal pengangkut arang batu sepanjang 522 kaki, USS Cyclops, lesap bersama 309 anak kapal pada tahun 1952. Sebuah kapal lain, Sylvia L. Ossa, sepanjang 590 kaki hilang berdekatan Bermuda pada tahun 1976, bersama 37 orang anak kapal.

Berbagai teori telah diutarakan banyak pihak mengenai punca kes-kes kehilangan misteri ini. Ada yang mengatakan kawasan Segitiga Bermuda itu adalah lingkungan kuasa sihir, dan pusat kegiatan syaitan. Sememangnya tidak jauh dari Segitiga Bermuda, iaitu di pulau Haiti, amalan voodoo yang melibatkan ilmu sihir dan pemahaman berkaitan kuasa baik dan kuasa jahat adalah sangat kuat. Ada juga yang mengaitkan Segitiga Bermuda dengan misteri Atlantis, kota purba yang tenggelam ke dasar laut. Akan tetapi teori-teori sebegini lebih bersifat spekulatif, dan tidak memiliki dasar saintifik atau logik yang kukuh.

Sebaliknya kita akan sentuh di sini berkenaan teori yang lebih saintifik. Banyak laporan menyatakan bahawa kehilangan sering didahului masalah kompas yang gagal menunjukkan arah dengan tepat. Ini mungkin memberi petunjuk kepada kita bahawa terdapat medan magnet, atau medan elektromagnet, yang luar biasa di lingkungan segitiga tersebut. Planet bumi memiliki medan magnet yang mengalir dari Kutub Selatan ke Kutub Utara, dan medan ini seragam di seluruh planet. Kompas yang berfungsi dengan baik akan mengikut arah aliran ini, jarumnya beralih supaya selari dengan arah aliran, justeru setiap hujungnya menghala ke setiap kutub.

Tetapi terdapat situasi tertentu di mana fungsi kompas akan terganggu. Jika terdapat sumber medan magnet yang berasingan, ia akan memaksa kompas patuh kepada aliran medan baru itu. Jika anda meletakkan satu magnet berdekatan sebuah kompas, anda akan perhatikan bahawa jarum kompas akan tertarik kepada magnet itu, dan mengabaikan tarikan medan magnet bumi.


Apakah yang menyebabkan jarum kompas dalam pesawat dan kapal yang hilang itu berputar-putar tanpa dapat memberi penunjuk arah yang tetap? Mungkin terdapat medan elektromagnet yang berubah-ubah dalam kawasan Segitiga Bermuda. Maka apakah pula yang menyebabkan medan tersebut berada di dalam segitiga itu?

Medan elektromagnetik boleh mempengaruhi banyak perkara, antaranya keadaan sesuatu bahan. Eksperimen ke atas model skala Piramid Agung di Giza, Mesir menunjukkan bahawa suatu medan elektromagnet yang luar biasa terkandung di dalam piramid dan tertumpu pada satu kedudukan tertentu. Sesetengah pihak mengatakan medan elektromagnet inilah yang memelihara mumia sebegitu baik selama ribuan tahun, dan mencetuskan pengalaman aneh di kalangan orang yang masuk ke dalam piramid. Terdapat juga kajian yang menunjukkan medan elektromagnet boleh membuatkan sesetengah objek terawang-awang di udara dan berubah sifat.

Medan elektromagnet turut memberi kesan terhadap saraf dan persepsi deria manusia. Kajian ada menunjukkan bahawa kita boleh menjadi gelisah dan tidak tenang jika didedahkan kepada medan elektromagnet yang kuat, dan kita sedia maklum apa yang boleh berlaku jika kita berasa gelisah dan kacau-bilau semasa melakukan sesuatu yang memerlukan tumpuan. Jika medan ini wujud di Segitiga Bermuda pada magnitud yang luar biasa, ada kemungkinan mereka yang lalu di dalam kawasan tersebut akan nampak atau dengar sesuatu yang aneh, biarpun ia sebenarnya tidak wujud di situ. Ini seterusnya akan mengugat orientasi, dan dengan mudah pengendalian pesawat atau kapal akan terjejas.

Perubahan cuaca secara mendadak, dari segi angin, arus laut, tekanan udara dan sebagainya juga boleh menjadi sebab berlakunya sesuatu yang buruk ke atas kapal terbang dan kapal laut. Dalam rekod, terdapat beberapa kejadian yang serius dalam cuaca yang boleh dikatakan baik menimpa beberapa penerbangan komersial, seperti pada 28 Ogos 1991 dan 17 Januari 1996, kedua-duanya melibatkan pesawat Airbus yang digunakan American Airlines. Dalam kedua-dua kejadian, ramai penumpang tercedera akibat pesawat yang ditimpa gelombang udara (air turbulence), kemudian menjunam apabila memasuki poket udara.

Poket udara adalah kawasan di mana udaranya bergerak ke bawah atau bertekanan rendah, mengakibatkan kapal terbang yang melaluinya menjunam ke bawah secara tiba-tiba. Juruterbang yang terlatih akan dapat mengawal pesawat dengan baik dalam situasi sebegini, tetapi para penumpang selalunya akan menghadapi keadaan tidak selesa, terkejut atau tercedera akibat lambungan kuat.

Namun ia masih tidak cukup untuk menjelaskan kenapa sebegitu pesawat, kapal dan mereka yang mengendalikannya lenyap secara mendadak tanpa dapat dikesan lagi, tanpa dapat dipastikan sama ada berlakunya kemalangan seperti terhempas atau tenggelam. Tetapi, ya, ia adalah lautan yang luas lagi dalam, dan amat sukar untuk mencari suatu objek yang secara relatifnya sangat kecil di situ. Sebenarnya terdapat juga beberapa kes di mana kapal yang hilang telah ditemui semula, tetapi tanpa anak kapal.

Teori lain pula menyebut tentang vorteks atau gangguan dalam lipatan daya graviti, masa dan dimensi – teori yang lebih rumit dan kedengaran sangat luar biasa, biarpun vorteks sebenarnya wujud, yakni di angkasa lepas. Lubang hitam, atau “black hole” adalah suatu vorteks, di mana daya gravitinya cukup kuat hinggakan cahaya pun tidak dapat lepas daripada tarikannya. Apa jua yang disedut lubang hitam akan musnah dan lenyap. Jika wujud sebuah vorteks seumpama lubang hitam di Segitiga Bermuda, apa jua yang mendekatinya akan disedut dan akhirnya hilang begitu saja. Tetapi sebuah lubang hitam mahupun sebarang fenomena seumpanya tidak pernah dikesan di mana-mana sekalipun di planet Bumi kita ini, dan ia kedengaran agak mustahil untuk berlaku di sini.

Pada masa yang sama, penyiasatan telah mendapati betapa keterangan yang pada mulanya kedengaran penuh dengan kejadian aneh telah berubah-ubah, lalu akhirnya didapati bahawa kemalangan berlaku atas sebab biasa semata-mata. Mungkinkah beberapa kes yang sebelumnya dilaporkan penuh dengan misteri hanyalah akibat ditokok-tambah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab?

Dalam kes Flight 19 yang disampaikan di atas, pada mulanya timbul cerita bahawa juruterbang dalam skuadron itu melaporkan melihat sesuatu yang aneh, tetapi ini kemudiannya disangkal oleh laporan rasmi. Berkemungkinan besar kompas pesawat-pesawat itu telah gagal berfungsi (atas sebab apa?), dan tanpa dapat menentukan hala tuju yang tepat, kesemua pesawat itu mungkin telah kehabisan bahan api dan jatuh menjunam ke dalam laut.

Faktor manusia jika tidak boleh ditolak sepenuhnya. Pada hari ini, di lautan seluruh dunia, kegiatan pengganas dan lanun masih menjadi risiko besar, khususnya di perairan berdekatan rantau Karibean dan Amerika Latin, di manabanyak kumpulan penjenayah, antaranya penyeludup dan pengedar dadah, masih bergiat. Tidak mustahil kapal-kapal yang hilang di dalam Segitiga Bermuda sebenarnya telah diserang lanun atau penjahat, kapalnya ditinggalkan atau dibawa lari bersama untuk digunakan dalam kegiatan haram mereka.

Pada hari ini, kita mendapati bahawa banyak penerbangan dan pelayaran dilakukan merentasi kawasan segitiga ini setiap hari. Para juruterbang, syarikat penerbangan, pelayar dan syarikat perkapalan nampaknya tidak begitu endahkan Segitiga Bermuda.

Kredit:Fazamania

Selasa, 16 Februari 2010

Apakah Rahsia Ka'abah

Kawasan disekeliling malap, tapi tidak di kawasan Ka'abah. Ternyata orang2 Amerika terpegun dengan keadaan ini. Mereka melihat sinaran yang terang dari bumi, lalu mengambil gambar dari satelit perisikan mereka, rupa-rupanya datang dari arah ka'abah..... Allahuakbar.....tak caya cuba check guna Google Earth





Ini pula dari sudut dekat gambar ka'abah sebelum dan selepas dipasangkan kelambu (Ghilaaf)...



Ini Jumlah yang tinggal batu Hajar Aswad.



Sejarah pembinaan Kaabah

SEJARAH ibadat haji di Tanah Suci Makkah bermula ketika Nabi Allah Adam dikirimkan ke bumi. Allah memerintahkan baginda mendirikan sebuah binaan seakan-akan sama dengan Baitul Makmur di langit.

Binaan empat segi ini kemudian diberi nama Kaabah yakni ‘Rumah Allah’.

Firman Allah dalam surah al-Imran (96) bermaksud, “Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula sekali dibina untuk manusia ialah Baitullah di Makkah yang berkat dan menjadi petunjuk bagi umat manusia.”

Sebaik saja semua urusan pembinaannya selesai, Allah memerintahkan Nabi Adam serta keluarganya mengerjakan ibadat tawaf di situ seperti yang dikerjakan oleh malaikat di Baitul Makmur.

Baitullah, selain daripada menjadi tempat beribadat umat manusia dan jin, turut menjadi tempat tawaf semua malaikat yang ditugaskan di muka bumi ini.

Keistimewaan Baitullah ialah kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di langit.

Menurut riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah menyebut Makkah dipilih sebagai tempat binaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat.

Apakah dia Baitul Makmur? Baitul Makmur adalah tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.

Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari kiamat.

Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.

Kepatuhan mereka adalah susulan daripada satu peristiwa malaikat cuba mempersoalkan kewujudan Nabi Adam, manusia pertama di muka bumi.

Peristiwa ini disebut dengan jelas dalam surah al-Baqarah (30) bermaksud, “Sesungguhnya Aku akan mencipta di bumi seorang Khalifah. Lantas malaikat bertanya, apakah Engkau akan mencipta di sana seorang yang akan melakukan fasad (kerosakan) dan akan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih kepada Engkau? Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui!”.

Jawapan tegas daripada Allah menyebabkan malaikat amat takut akan kemurkaan Allah terhadap soalan yang mereka ajukan.

Lalu mereka memohon ampun dan berjanji tidak akan menyangkal keputusan Allah. Mereka seterusnya mengerjakan ibadat tawaf untuk mendapatkan keampunan daripada Allah.

Apabila Allah memerintahkan malaikat untuk sujud memberi hormat kepada Nabi Allah Adam, mereka pun terus sujud kecuali Iblis.

Firman Allah dalam surah al-Hujurat (34) bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis, ia enggan dan takbur dan termasuk golongan orang kafir.”

Selepas Nabi Allah Adam wafat, binaan Kaabah beransur-ansur reput. Seterusnya, Allah memerintahkan salah seorang daripada putera Adam iaitu Syith untuk membina semula Kaabah di tempat sama.

Namun, banjir besar yang melanda pada zaman Nabi Nuh, turut meruntuhkan binaan Kaabah sehinggalah Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu.

Ini disebut dalam firman Allah dalam surah al-Hajj (26, 27), “Dan ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membina, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun dengan-Ku dan bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah ini) bagi orang yang tawaf dan orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud.

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai-bagai jalan yang jauh.”

Firman Allah lagi dalam ayat 29 bermaksud, “Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah yang tua sejarahnya itu.”
Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Makkah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Al-Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Selepas menyempurnakan binaan itu, Nabi Ibrahim dan keluarganya diperintahkan pula mengerjakan ibadat tawaf mengelilingi Kaabah sebagai sebahagian daripada ibadat haji.

Beberapa ratus tahun selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, usaha membaik-pulih dan membina semula Kaabah telah dilaksanakan secara berterusan.

Antaranya membaiki kerosakan tanpa mengubah bentuk atau ukuran Kaabah oleh kaum Analagh, Kaabah dibina semula oleh puak Jurhum selepas sebahagian dinding Kaabah runtuh kerana banjir besar di Kota Makkah.

Kemudian Kaabah dibaiki lagi dengan membuat pintu serta pemasangan kelambu Kaabah oleh seorang raja dari Yaman, pembinaan bumbung Kaabah semasa pemerintahan Qusai bin Kilab, pembinaan semula Kaabah oleh Kaum Quraisy dengan berpandukan batu asas hasil binaan Nabi Ibrahim.

Kerja membaiki Kaabah diteruskan oleh panglima Hajjaj pada zaman Khalifah Abdul Malik dan pembinaan semula Kaabah pada 1037 berikutan kerosakan banjir besar di Kota Makkah.

Struktur Ka'abah
Struktur Ka'abah

Seni bina
Bangunan yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter ini juga disebut dengan nama Baitullah dan Baitul Ateeq iaitu bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka.

Binaan dalam
Ka'abah dalam

Foto dalam

Apa yang ada dlm Ka'abah?

1) Wangian yang amat harum, campuran dari kasturi, 'anbar dan 'ud yang digunakan dalam jumlah yang banyak setiap kali Ka'abah dibersihkan dan digunakan sepanjang tahun.

2) Ditutupi lantainya berwarna putih di tengah, sementara hitam di bahagian tepinya, dan menaik ke tepi sehingga setinggi 4 meter, tanpa menyentuh dinding asalnya. Adapun dinding asalnya pula setinggi 5 meter lagi selepas dari dinding tadi, dan ditutup pula dengan kain berwarna hijau atau langsir berwarna ros, dihiasi dengan Ayat Al-Quran yang ditulis dengan perak. Selain itu terdapat juga di lantainya tanda tempat sujud Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan juga multazam, di mana beliau melekatkan perut baginda yang mulia serta pipi kanan, lalu mengangkat tangan dan berdoa.

Lakaran

3) Terdapat 3 batang tiang kayu yang diukir dengan begitu cantik, untuk menyokong bumbung. Tingginya lebih kurang 9 meter.

4) Beberapa buah lampu pelita dari tembaga, kaca dan perak yang diukir padanya Ayat suci Al-Quran. Ia wujud sejak zaman Utsmani lagi.

Pic03874

5) Tangga yang dapat dipanjat sampai ke atapnya dibuat dari aluminium dan kristal.

6) Beberapa kepingan batu bekas tinggalan setiap zaman yang ada pembaikpulihan ka'abah.

Selain itu kadangkala terdapat alat pengangkut ke atas (man-lift) untuk kerja-kerja pembersihan ka'bah, selain alat-alat untuk membersihkan ka'abah.

Pembersihan ka'bah yang mulia di sebelah dalam pula dilakukan sekali setahun. Pertamanya dibasuh dengan air dan sabun. Kemudian disapukan seluruh dinding dan lantainya dengan wangian dari setiap jenisnya dan dibakar bukhur yang terwangi dan terbaik...

Sejarah
Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.

Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.

Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.

Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu Hajar Aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.

Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.

Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.

Gambar Lama Ka'abah
Gbr lama
gmbr lama 2
gmbr lama 3
gmbr lama 4

Info Ka'abah
Di dalam Ka`bah terdapat 3 buah tiang yang dibuat daripada kayu dan besarnya kira-kira ½ meter, berwarna merah kekuningan. Menurut sejarahnya, tiang itu dipasang oleh Abdullah bin Zubair r.a. ketika beliau membangun kembali Ka`bah pada generasi yang kesepuluh pada tahun 64-65H, bertepatan dengan 683M.

Lantai Ka`bah adalah marmar putih dan hanya sedikit yang berwarna lain. Dindingnya marmar berwarna, dihiasi dengan ukiran-ukiran dan pahatan yang indah. Bahagian atas Ka`bah ditutup dengan kain sutera berwarna merah mawar, dihiasi dengan tulisan yang dengan benang putih dan bentuk huruf د(dal) atau angka lapan Arab ( yang ertinya “Mahasuci Allah dan Segala Puji Baginya, Mahasuci Allah yang Maha Agung”.

Di samping itu terdapat bundaran-bundaran yang masing-masing bundaran itu tertulis kata-kata yang ertinya “Wahai yang Maha Penyayang, Wahai yang Maha Kuasa, Wahai yang Banyak KurniaNya, Wahai yang Maha Suci”.

Kain penutup atas Ka`bah (sitarah) dibuat pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Aziz Khan pada tahun 1290H. Baik pintu Ka`bah maupun pintu untuk naik ke loteng (sutuh) ditutup dengan kain sutera hitam, disulam dengan benang emas.

Diantara 3 tiang besar dipasang kayu penyangga yang melintang dari utara ke selatan, tingginya kira-kira 2/3 tinggi Ka`bah. Di sana digantungkan beberapa kandil, lampu beraneka ragam dan barang-barang berharga, terbuat dari emas dan perak, hadiah yang diterima Ka`bah sejak zaman dahulu yang sudah merupakan hak milik Ka`bah.

Diriwayatkan bahawa tanduk kibasy milik Nabi Ibrahim a.s. pun dulunya disimpan di dalam Ka`bah. Namun kerana Ka`bah pernah mengalami kebakaran iaitu pada hari Sabtu tanggal 3 Rabiul Awal tahun 64H, maka tanduk kibasy itu telah menjadi abu dan sekarang tidak dapat ditemukan lagi.

Ka'abah semasa dilanda banjir
banjir 01
banjir 2
banjir3
Bnajir 4
banjir5

Pada dinding Ka`abah terdapat 7 buah kepingan batu mammar bertulis. Semua tulisan dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahim. Keterangan ringkas mengenai ketujuh marmar itu adalah seperti berikut:

1.Kepingan mammar pertama dibuat pada bulan Rejab tahun 884H atas perintah Sultan Abu Nasher Faitibeik.

2.Kepingan marmar kedua dipasang pada dinding tangga Ka`abah untuk naik ke loteng dalam bentuk lima baik syair, dibuat pada tahun 1109H oleh Ahmad Beik Syeikh al-Haram Makkah.

3.Kepingan mamar ketiga dipasang pada dinding bahagian barat, di buat atas perintah Imam Besar Abu Ja`far al-mansur al-Mustanshir billah Amiril Mu`minin, tahun 629H.

4.Kepingan marmar keempat dipasang di dinding bahagian barat, di samping marmar ketiga, dibuat atas perintah Yusuf bin Umar bin Ali bin Muhammad pada tahun 680H.

5.Kepingan marmar kelima dipasang pada dinding barat, di samping marmar keempat, dibuat atas perintah Sultan Murad Khan bin Sultan Ahmad Khan pada akhir bulan Ramadan tahun 1040H.

6.Kepingan marmar keenam dipasang di samping kepingan marmar kelima, dibuat atas perintah Sultan Muhammad Khan pada tahun 1070H.

7.Kepingan marmar ketujuh dipasang berdampingan dengan kepingan marmar keenam, dibuat atas perintah Sultan Malik Abu el-Nasr Barsibari pada tahun 826H.

Ibnu Asyir

Kedudukan Ka'abah dari beberapa negara
kedudukan

HAJAR ASWAD (The Black Stone)
HAJAR Aswad (batu hitam) diyakini sebagai batu syurga. Oleh karena itu tidak hairanlah jika jemaah haji dari seluruh pelusok penjuru dunia selalu merindukannya, bahkan saling berebut hanya karena ingin menciumnya. Batu hitam itu terletak di sudut Timur Ka'abah pada ketinggian 1,10 meter dari lantai Masjidil Haram berukuran panjang 25 cm dan lebar 17 cm.

Sekarang ini, Hajar Aswad pecah menjadi 8 bongkah dan kedelapan bongkahan itu masih tersusun rapi pada tempatnya seperti sekarang. Pecahnya batu itu terjadi pada zaman Qaramithah, yaitu sekte dari Syi'ah Al-Bathiniyyah dari pengikut Abu Thahir Al-Qaramathi yang mencabut Hajar Aswad dan membawanya ke Ihsa' pada tahun 319 Hijriyah. Tetapi batu itu dikembalikan lagi pada tahun 339 Hijriah.

dekat

Bahagian yang terbesar berukuran sebuah kurma yang tertanam di batu besar lain dan dikelilingi oleh ikatan perak. Inilah batu yang sentiasa dirindui setiap Muslim dan berusaha untuk dapat menciumnya atau ber-ihtilam (menyalaminya atau berjabat ketika tawaf). Batu yang terletak dalam lingkaran perak itulah yang diusahakan jemaah haji untuk dapat menciumnya, artinya bukan batu yang berada di sekitarnya.

Hajar Aswad pernah mengalami renovasi pada zaman Raja Fahd, yaitu pada bulan Rabi'ulawal 1422 Hijriyah. Setiap tahun menjelang musim haji, batu ini dibersihkan sekaligus dilakukan pencucian Ka'abah yang kadang-kadang memberi kesempatan kepada tetamu kerajaan menyaksikan pencucian Ka'abah sekaligus memberi peluang mencium Hajar Aswad.

Dari zaman dulu lagi orang sering berebut mencium batu ini dan sekarang sudah banyak "joki" yang diupah untuk membantu orang yang akan mencium Hajar Aswad ini. Jangankan musim Haji, saat Umrah pun yang rasanya tidak ramai orang pun sangat sukar untuk mendekati Hajar Aswad, tidak kira jam berapa pun. Sekiranya mengupah joki berlakulah rempuhan semata-mata memberi peluang kepada yang membayar.
cium

SEJARAH HAJAR ASWAD
Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama - kelamaan menjadi hitam sebab disentuh oleh orang - orang musyrik.

Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam ) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi.

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'abah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka'abah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail a.s bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Ka'abah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Ka'abah. Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim a.s mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka'abah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahua'lam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah s.w.t.. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah s.w.t (menyembah batu)., sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

PADA keseluruhannya Kaabah adalah suatu binaan mulia yang penuh dengan keberkatan. Al Tabrani meriwayatkan di dalam al-Mu`jam al-Kabir daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW menyatakan: "Sesungguhnya Allah menurunkan 120 rahmat ke atas Kaabah, setiap hari 60 untuk orang yang melakukan tawaf, 40 untuk orang yang solat dan 20 untuk orang yang memandangnya."

Bagaimanapun, ada beberapa bahagian Kaabah yang menjadi tumpuan dan perhatian lantaran kelebihannya.

# Hajarul Aswad

Hajarul Aswad adalah sepotong batu yang berasal dari syurga. Warna asalnya adalah lebih putih daripada susu. Dikatakan ia menjadi hitam kerana luruhnya dosa manusia yang mengucupnya. Pelbagai peristiwa sejarah dilalui oleh Hajarul Aswad. Hinggalah ke hari ini yang masih tinggal daripada Hajarul Aswad adalah sebanyak lapan kepingan sebesar biji tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam lingkungan perak. Sesiapa yang ingin mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan itu.

# Rukun Yamani

Rukun Yamani adalah penjuru Kaabah yang bertepatan dengan Rukun Hajarul Aswad bagi orang yang sedang tawaf. Ia adalah salah satu daripada dua rukun yang didirikan di atas asas binaan Nabi Ibrahim. Rasulullah SAW menyentuh rukun itu ketika tawaf.

# Hijr Ismail

Pada asalnya kawasan Hijr Ismail termasuk dalam binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim. Ia dikeluarkan dari Kaabah ketika binaan Quraisy. Justeru, solat di dalamnya menyamai solat di dalam Kaabah.

# Multazam

Multazam adalah kawasan hadapan Kaabah di antara Hajarul Aswad dan pintu kaabah. Dikatakan Multazam adalah kawasan yang paling mustajab doa. Menurut sebahagian riwayat orang Quraisy sebelum Islam menjadikan Multazam tempat melafazkan sumpah terutama bagi menyelesaikan perbalahan di kalangan mereka.

# Mizab

Mizab adalah pancuran emas yang diletakkan bagi menjadi laluan air dari bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijr Ismail. Menurut sebahagian pendapat di bawahnya adalah di antara tempat paling mustajab berdoa.

# Syazarwan

Syazarwan adalah jubin yang dibina di bahagian bawah dinding Kaabah. Tingginya lebih kurang dua kaki. Ia diletakkan untuk menandakan saiz asal Kaabah yang dikurangkan ketika binaan Quraisy berbanding binaan Nabi Ibrahim. Justeru, ia adalah sebahagian daripada Kaabah. Bertawaf di atasnya atau sebahagian anggota badan di atasnya menyebabkan tawaf tidak sah.

# Kiswah

Kiswah adalah kelambu atau kain yang menutupi Kaabah. Diriwayatkan orang pertama yang meletakkan kiswah Kaabah adalah Tubba al Himyariyy As`ad Abi Karb. Kiswah Kaabah diperbuat daripada 658 kilogram sutera mentah yang ditenun. Ukurannya selepas siap ditenun adalah 658 meter persegi. Kos pembuatannya adalah 17 juta Riyal Arab Saudi. Kiswah akan diganti dengan yang baru pada pagi 9 Zulhijah (hari Wuquf) setiap tahun.

# Makam Ibrahim

Makam Ibrahim adalah batu yang ada kesan dua tapak kaki Nabi Ibrahim. Batu itu sekarang ini diikat dengan perak dan diletakkan di dalam sebuah tempat yang diperbuat daripada tembaga berwarna keemasan. Menunaikan solat di sisi Makam Ibrahim adalah suatu yang mempunyai kelebihan yang besar. Allah berfirman bermaksud : “Dan ingatlah ketika kami jadikan Baitullah sebagai tempat berhimpun bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian dari Makam Ibrahim sebagai tempat solat." (Surah al-Baqarah, ayat 125)

# Telaga Zamzam

Telaga Zamzam adalah sebuah telaga di hadapan Kaabah di kawasan di antara Hajarul Aswad dan Multazam. Ia dikatakan terbit daripada terjahan kaki Nabi Ismail. Ada riwayat yang menyatakan ia terbit hasil pukulan sayap Jibrail. Kelebihan air dari Telaga Zamzam ini dinyatakan di dalam beberapa hadis.

MAKAM IBRAHIM
Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu dan di atas batu itulah Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya.

makam ibrahim
Di sini kita dituntut berdoa selepas melakukan
sembahyang sunat tawaf 2 rakaat.

Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.

Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.

makam 2
tanda kebesaran Allah s.w.t...

KISAH ASAL USUL BEKAS TAPAK KAKI NABI IBRAHIM A.S (MAQAM)
Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu.

Ada dua riwayat yang mengatakan bahwa Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.

Satu riwayat lagi mengatakan bahwa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memulakan pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang difirman oleh Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata, "Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (surah al-Baqarah ayat 127).

Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah S.W.T sebaik saja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah S.W.T.

Apabila agama Islam datang, Allah S.W.T mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim sepertimana firman Allah yang bermaksud, "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat sembahyang." (surah al-Baqarah ayat 125).

Memang bertuah kalau sapa yang dapat masuk dalam Ka'abah...
Ini adalah tulisan dari rakaman kuliah Tuan Gurur Prof. Dato' Dr. Harun Din yang menceritakan pengalamannya memasuki Ka'abah...

Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)

Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

Bahagian Kedua (Kuliah Pengubatan pada 12-Feb-2007)
Saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.

Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.

Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”

Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.

*Sumber: gebang sempoi online community

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
Bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
Malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam... Bacalah E mail ini dari sahabat yg menetap di US:
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' ..
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.'

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.


Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.


Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.


Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Sumber: darulnuman.com

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah


di Lembah Uranah, Gunung Arafah.


Lokasi


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.


Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah dibulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah “ibdah haji” sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh.


Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


Wahai manusia, tiada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat. itulah Al-Quran dan Sunnahku.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu…"


kredit: Segar Network

Tahukah anda? Makkah sekarang sudah seperti pusat membeli belah

Pemandangan era 70an

Image "Makkah sekarang sudah seperti pusat peranginan, bukan lagi pusat beribadah untuk umat islam " tetapi ada sesetengah pihak agak marah dengan perubahan tersebut dan sanggup mengatakan "Makkah sekarang sudah seperti Las Vegas" begitulah pernyataan yang dilontarkan Ali al-Ahmad, direktur Institute for Gulf Affairs-lembaga riset oposisi Saudi- yang bertapak di Washington, melihat perkembangan kota suci Makkah ketika ini. Saya tidak begitu bersetuju dengan kenyataan membanding-bandingkan kota suci Mak'kah dengan kota yang penuh dengan maksiat seperti Las Vegas walaupun kita dalam keadaan marah atau macam mana sekali pun.

Saya sendiri tidak suka dengan perubahan kota suci Mak'kah sekarang yang terang-terang telah jauh pada matlamat utama iaitu "pusat beribadah". Bagaimana kota suci ini boleh berubah menjadi sebagai pusat membeli belah atau pusat peranginan? Apakah yang difikirkan oleh raja-raja Arab Saudi? Memang kemajuan itu penting tetapi sekurangnya menyediakan kemudahan prasarana moden yg penting bagi kemudahan umat islam seluruh dunia untuk beribadah disitu dan bukan menyediakan kemudahan untuk tujuan lain.

Kota Makkah yang menyandang sebutan kota suci dan menjadi pusat ibadah haji umat Islam di seluruh dunia, ketenangan dan kekhusyuk'annya makin terhakis, Ka'bah yang terletak di tengah masjid Haram dan menjadi arah kiblat Muslim sedunia, semakin tenggelam oleh berdirinya gedung-gedung tinggi.

Menurutnya, perkembangan kota Makkah sekarang adalah sebuah bencana. "Hal ini akan memberikan pengaruh buruk bagi umat Islam. Ketika mereka ke Makkah mereka tidak punya perasaan apapun, tidak ada keunikan lagi. Apa yang anda lihat cuma simen dan kaca, " ujar Ahmad serius.

Gedung Lebih Tinggi dari Tempat ibadah

Ahmad cukup beralasan melontarkan pernyataannya itu, karena kota Makkah ketika ini makin penuh dengan bangunan-bangunan tinggi mulai dari hotel, pusat perbelanjaan dan toko-toko besar yang menjual produk Barat. Sebut saja kedai kopi Starbucks, Cartier and Tiffany, H&M dan Topshop.


Pusat perbelanjaan Abraj Al-Bait

Pusat perbelanjaan Abraj Al-Bait ( www.abrajalbait.com ), salah satu mall terbesar di Saudi yang baru dibuka menjelang musim haji bulan Desember 2006 kemarin, nampak megah dengan monitor-monitor tv flat, cahaya lampu-lampu neon, dengan pusat hiburan, restoran-restoran segera, bahkan kedai pakaian dalam.

Pusat perbelanjaan itu, nantinya juga akan dilengkapi dengan kompleks hotel yang menjulang tinggi. Bahkan kompleks bangunan yang perancangannya selesai tahun 2009 nanti, akan menjadi gedung tertinggi ketujuh di seluruh dunia, dilengkapi dengan kemudahan rumah sakit dan tempat sholat yang luas.

Seluruh pergunungan di dekat Jabal Omar, kini sudah diratakan. Di lokasi itu juga akan dibangun kompleks hotel dan lebih dari 130 gedung-gedung tinggi baru.

Kota Makkah yang menyandang sebutan kota suci dan menjadi pusat ibadah haji umat Islam di seluruh dunia, ketenangan dan kekhusyuk'annya makin terhakis, Ka'bah yang terletak di tengah masjid Haram dan menjadi arah sholat Muslim sedunia, semakin tenggelam oleh berdirinya gedung-gedung tinggi.

Pemandangan dr Komplek

"Ini adalah akhir dari Makkah, " kata Irfan Ahmad dari London, pendiri Islamic Heritage Foundation, yang secara terbuka mempertahankan peninggalan-peninggalan bersejarah di Makkah, Madinah dan tempat-tempat lainnya di Arab Saudi.

"Sebelumnya, bahkan pada zaman Ustmaniah, tak satu pun gedung-gedung di Makkah yang tingginya melebihi tinggi Masjid Haram. Sekarang, banyak gedung yang lebih tinggi dari Masjid Haram dan tidak menghormati kebesaran masjid itu, " tukas Irfan.

Wang, sudah tentu menjadi penggalak utama kemunculan gedung-gedung tinggi di Makkah. Kerana setiap tahun, kota itu dibanjiri oleh para jamaah haji. Papan-papan iklan di sepanjang jalan menuju Makkah, seolah menjadi daya tarik bagi para pelabur yang mencari keuntungan.

Sejumlah organisasi Islam mengatakan, berdirinya gedung-gedung megah di kota Makkah, juga dilatarbelakangi motif pemerintah. Mereka menuding pemerintah Saudi mengizinkan kelompok konservatif untuk menghancurkan tempat-tempat bersejarah.

Ahmad dari Islamic Heritage Foundation mengaku memiliki katalog lebih dari 300 tempat-tempat bersejarah di Arab Saudi, termasuk makam-makam dan masjid-masjid. Ia mengatakan, sebuah rumah tempat Nabi Muhammad dilahirkan dihancurkan untuk membangun tempat bilik mandi.

"Sama sekali tidak menghormati Ka'bah, tidak menghormati rumah Tuhan atau persekitaran dari tempat-tempat bersejarah itu, " kata Sami Angawi, seorang arkitek Saudi yang ingin mempertahankan peninggalan bersejarah di Makkah.

"Padahal, memotong pohon saja seharusnya tidak boleh dilakukan di kota ini, " sambungnya.

Kemajuan kadang-kadang memang harus dibayar mahal. Bahkan pasar malam, di mana para jemaah boleh menjual barang-barang yang dibawanya, kini sudah tidak ada lagi. Begitu juga dengan keluarga-keluarga di Makkah yang biasa menyambut para jamaah haji, sudah tidak terlihat lagi sejak rumah-rumah mereka dirobohkan untuk perluasan Masjid Haram di era tahun 1970-an.

Angawi kini berusaha melakukan pendekatan pada kerajaan Arab Saudi agar memberi perhatian besar atas penghancuran tempat-tempat bersejarah. Ahmad melobi pemerintah-pemerintah negara Asia dan Arab untuk menghentikan penghancuran yang dilakukan pemerintah Saudi. Kedua tokoh ini menyayangkan kurangnya mengambil peduli kepentingan umat Islam atas isu-isu ini. Kepentingan biznes dan wang mengalahkan segala-galanya.

"Makkah tidak pernah berubah seperti sekarang ini. Apa yang anda lihat sekarang baru 10% saja dari apa yang akan ada, yang akan jauh lebih, lebih buruk lagi, " kata Angawi risau