Tampilkan postingan dengan label agama. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label agama. Tampilkan semua postingan

Selasa, 18 Juni 2013

Sejarah Pedang Paling Tajam Di Muka Bumi

Sebelum meriam dan segala jenis senjata berasaskan letupan termasuk pistol juga senapang, pedang adalah senjata yang digunakan sejak zaman berzaman oleh pahlawan terdahulu. Pada ketika itu, memiliki pedang diibaratkan seperti memiliki maruah bagi seorang lelaki.

Nyawa seorang satria zaman silam lebih banyak bergantung pada mata pedang. Justeru, senjata ini telah menjadi sesuatu yang sangat bernilai pada zaman itu. Dengan kata lain, pedang yang kuat dan tajam akan sentiasa menjadi rebutan kerana ia adalah penentu hidup mati seorang pahlawan perang.

Berikut adalah diantara pedang yang dianggap sebagai lagenda dalam sejarah peradaban manusia dan ia diakui oleh pada metalurgi dunia.

1. Zulfiqar
 
Zulfiqar adalah pedang terkenal dalam sejarah islam yang dimiliki oleh Syaidina Ali , dari banyak catatan sejarah, Nabi Muhammad saw mempersembahkan Zulfiqar ini kepada Syaidina Ali di pertempuran uhud. Selama pertempuran, Syaidina Ali banyak menghapuskan musuh dengan pedang ini. Dari kebanyakan catatan sejarah yang ada, dikatakan bahwa pedang Syaidina Ali digunakan pada Perang Parit, yang ketika itu lawannya adalah Amr Bin Abdawud, yang kekuatannya satu dibandingkan seribu orang. Dengan pedang ini Syaidina Ali membunuhnya dengan satu pukulan yang kuat meskipun Amr memakai baju besi yang kuat dan membawa senjata ampuh. Pedang ini adalah salah satu simbol tertua dan paling terkenal dalam sejarah Islam. Pedang ini juga pernah digunakan dalam pertempuran Karbala oleh Imam Husain.

2. Damascus

Pedang Damascus adalah pedang yang sangat tajam melebihi pedang Samurai dan pedang Excalibur milik Raja Arthur. Pedang tersebut mampu membelah baju zirah, membelah perisai, memotong pedang lawan dan batu tanpa mengalami kerosakan pada bilahnya. Antara ilmuan moden yang turut mengiktiraf kehebatan pedang ini ialah seorang pengkaji ketajaman senjata dari Jabatan Kejuruteraan dan Sains Bahan, Iowa States University, Amerika Syarikat, Profesor John D.Verhoeven. Beliau telah menulis dengan panjang lebar tentang keistimewaan pedang Damascus dalam majalah Scientific American yang telah diterbitkan pada edisi Januari 2001.

Berdasarkan catatan sejarah, pedang Damascus ini merupakan senjata utama yang digunakan oleh tentera Islam ketika Perang Salib Ke-3 sekitar penghujung kurun ke-12. Salahuddin Al-Ayubi merupakan pemimpin tentera Islam ketika itu yang berjaya membebaskan kota Jerusalem daripada cengkaman puak salib selama hampir seratus tahun lamanya. Salah satu sebab kekalahan tentera Eropah ketika pertempuran itu ialah pasukan tentera Islam dilengkapi dengan pedang yang mampu membelah manusia dengan sekali libasan iaitu Pedang Damascus.



Secara fizikalnya, pedang Damascus ini nipis dan boleh dilentur dengan sedikit bengkok di bahagian hujungnya. Seni pembuatannya begitu halus dan pada permukaan bilah terdapat corak alunan mengufuk yang menunjukkan ia diperbuat daripada beberapa material. Pedang buatan Damsyik yang turut dikenali sebagai pedang Persia ini telah membuatkan peradaban Barat ketika itu terdiam dan kagum. Mereka cuba mencari rahsia sebenar di sebalik pedang ini. Bagaimanapun, teknik pembuatannya begitu rahsia dan hanya beberapa orang sahaja tukang besi di Damsyik yang mampu menghasilkan pedang Damascus.

Pada tahun 2006, kehebatan pedang ini telah dibongkar oleh Profesor Dr. Peter Paufler dan pasukan penyelidiknya dari University Teknikal Dresden, Jerman apabila mereka menemui tiub karbon nano di dalam pedang yang digunakan oleh Salahuddin Al-Ayubi dan tentera-tentera Islam dalam Perang Salib.




Teknologi Nano pada Damascus

Pedang Damascus merupakan pedang super canggih berteknologi nano sehingga dapat memotong ikatan atom suatu benda sehingga hasil potongannya sangat halus.dengan kata lain, pedang ini super tajam.pedang ini dibuat sebelum dunia mengenal teknologi nano (1991), iaitu pada abad ke-17. Tiub karbon nano inilah yeng telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam ini sangat istimewa dengan kehebatan sangat tajam tetapi mudah lentur.

Menurut Dr. Peter Paufler, kunci kepada teknologi nano pedang ini terletak pada teknik pembuatanya yang unik. Bijih besi dari India yang dikenali sebagai wootz mengandungi sejumlah peratus unsur karbon yang memberikan sifat rapuh. Apabila dikenakan suhu yang amat tinggi sekitar 800 darjah Celcius, campuran besi dan karbon tadi akan ditambah dengan unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt dan beberapa unsur lain yang telah memberikannya sifat-sifat sebilah pedang setiawan, yakni tajam dan lentur.

Sayang sekali, teknologi ini telah lenyap selepas kurun ke-18 seiring dengan kepupusan bijih besi dan unsur-unsur penguat pedang tadi. Penempa-penempa pedang ini, biarpun secara tidak sedar, telah meletakkan 2 asas penting kepada permulaan sains bahan moden.
1) Campuran bahan-bahan kimia pada peratusan yang sesuai.
2) Teknik penggunaan haba yang tinggi untuk pembikinan sebilah pedang.

Bagaimanapun, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus ditelan zamn. Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, mata tombak dan pisau buatan Damsyik yang kini sekadar menjadi bahan pameran muzium di seluruh dunia.

Rabu, 21 November 2012


KENALI BRIGED ELIT AL-QASSAM

Jika Britain mempunyai British Special Air Service
(SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Pal
estin turut berada di dalam kelas tersendiri dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-
Qassam; sebuah unit elit yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama al-Qassam diberi bersempena nama seorang pejuang ulama' yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari telah dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan peluang sebegitu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin; apatah lagi kepada orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan
tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera al-Qassam pada
masa ini, komander tersebut yang pada mulanya engga menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000
orang.

SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH

[1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
[2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
[3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
[4] Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
[5] Berdisiplin dan mentaati amir.
[6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.

Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.

Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana!

Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka....Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir!

via Dr. Zainur Rashid Zainuddin
shared by Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]'s

Minggu, 24 Juni 2012

SEJARAH YANG DILENYAPKN PENJAJAH!





MELAKA...! TUAH...!
Nama Yang Cukup Menyentuh Benak Hati Ini sekian Lamanya...
Hari Menjelang Hari...
Rahsia Semakin Menunjukan Diri...
Seolah-olah Ada Sesuatu Petunjuk Yang Diberi...

Supaya Kelak Mampu Dijadikan
Ia Sebagai Tauladan...
Jangan Diulangi ia sebagai satu kealpaan..
Saudara-Saudara ku sekalian...
Melaka sejak dahulu kala cukup Terkenal sebagai sebuah kuasa besar perdagangan di Selat Melaka...
Betapa ketika itu banyaknya bahtera-
bahtera yang datang berdagang, sejauh
mata yang memandang...
Yang bermata Sepet, yang berkulit putih, yang berkulit hitam hatta apa warna sekalipun pantas Saja datang ke Melaka untuk melihat Keagungan sebuah kerajaan Melayu Islam...

Sebut Saja nama Melaka, Di Serata
Pelusuk utara selatan timur dan barat
pasti mengenalinya...
Ada yang datang berdagang rempah, ada yang datang berdagang permata dan ada pula yang datang berdagang nasib menyabung hidup menumpang keagungan sebuah kerajaan...
Aaahh...kalau Mahu Bercerita
Keagungan Melaka, Pasti 1001 lembaran
Kertas pun Belum Habis Dikarang...
Malah pasti 1001 malam pun belum tentu a Habis Diceritakan... =)

Maka Syahadan Tersebut ketika itulah
Masyhurnya Melaka dengan seorang
LAKSAMANA bernama HANG TUAH...

//////////////////////////////////////////////////////
TUAH.. JEBAT..KASTURI..LEKIR..LEKIU..
//////////////////////////////////////////////////////

Itulah nama yang masyhur ke serata
Alam, Menjadi Sebutan Segala Isi alam
yang Bertandang ke Melaka...
Dipendekkan cerita dan dengan Takdir
yang Maha Esa, Tiadalah kekal lama
Empayar Melayu Melaka Islam...

Setelah Feringgi (Portugis) datang Dengan Bala tenteranya, Maka punahlah empayar Yang teragung itu...
Serangan Demi Serangan Dilakukan...
Generasi Demi Generasi Dihancurkan...
Dihancurkan Mindanya...!
Dihancurkan Identitinya...!
Dihancurkan Maruahnya....

Yang tinggal hanyalah Sisa-sisa dari Keagungannya...
Yang tinggal hanyalah Secebis sejarah Yang Diacuankan Oleh Penjajah Untuk Saudara Sekalian...
Satu Persoalan yang seringkali Generasi Muda lontarkan...
Dan kadangkala menjadi Bahan Ketawa Generasi Terkemudian.. Kata mereka...

"PORTUGIS DATANG DENGAN MERIAM
DAN SENAPANG, ORANG MELAKA
BERJUANG DENGAN KERIS DAN
PEDANG.. BODOH BETUL, MACAM
MANA MAU MENANG KALAU
BERPERANG...? "

Tersentak Sanubari dan jiwa Ini Mendengarnya...
Betapa Dengan Mudah Generasi-generasi Terkemudian
mengatakan BODOH kepada hulubalang-hulubalang Melaka yang berjuang bermati-matian mempertahankan Empayar Islam Melaka Ketika itu...

Adakah Saudara Semua Tahu Kenapa Portugis Menyerang Melaka...???
Tahu Apa Yang Terjadi Sebelum Empayar Islam Melaka Tumbang...???

Pernah Dengar Sarjana Barat Kata Apa Terhadap Melaka...??
Apa Kaitan Empayar Islam Melaka Dengan Empayar Islam Uthmaniah...???
Kajilah Saudara...
Janganlah Kita Hanya Tahu Disuap Sahaja...

Sebelum Dipecahkan "Kod-kod" Yang Tersembunyi Tersebut...
Biar saja Diceritakan perkara
yang sebenar kepada Anda Semua... Dengar Dengan sebaiknya Kalam ini...

" MELAKA TIDAK TEWAS KERANA
SENJATA, MELAKA TEWAS KERANA
PENGKHIANATAN BANGSA SENDIRI...!
YANG KHIANAT DAN BERSENGKETA "

Kalau Anda Semua Mahu tahu, Angkatan Perang Melaka Tiada Tolok Bandingnya Andai Mahu Dibanding Antara dengan angkatan Portugis itu...

Kapal-kapal perang Alfonso Itu hanya sekecil Anak kalau mahu Dibandingkan dengan Bahtera-bahtera Perang milik Angkatan Laut Melaka...
Meriam-meriam Portugis itu hanya
Sebesar kelingking andai Mahu
dibandingkan Dengan Meriam-meriam
yang mengelilingi kubu di Kota Melaka..
Itu belum lagi andai mahu diceritakan
betapa Hebatnya Pahlawan-pahlawan
Melaka yang sering saja didendangkan
dengan Hikayat Amir Hamzah sebelum
turun berperang...

Apalah sangat mahu Dibandingkan dengan soldadu-soldadu Portugis itu....
Namun akibat pengkhianatan beberapa
orang Melaka sendiri...
Maka akhirnya Melaka jatuh ke tangan Portugis..

Siapakah Yang naik ke kapal Alfonso, dan Kemudian menceritakan segala Strategi Dan kekuatan Melaka...?
Siapa Yang naik Ke kapal Alfonso, dan Jemudian Menyerahkan Peta kedudukan meriam-meriam strategik Melaka..?
Siapakah Yang naik ke kapal Alfonso, dan kemudian membuka Rahsia kelemahan kota Melaka...?
Siapa Yang naik ke kapal Alfonso, dan kemudian Menyerahkan Kunci Pintu Khazanah perpustakaan Diraja
Melaka...?

Ya...!
Ia angkara Pengkhianatan Bangsa sendiri...
Ya...!
Orang Melayu Melaka sendiri Yang menjadi pengkhianat dan Menceritakan segala kekuatan dan Kelemahan Melaka kepada penjajah...

Pengkhianatan...!!! Pengkhianatan...!!!
Pengkhianatan...!!!

Itulah yang menyebabkan Melaka
Akhirnya Jatuh ke tangan Portugis..
Bergilir ganti ke tangan Belanda...
Berpasung pula ke tangan Inggeris..
500 tahun lamanya...

Melaka dijajah dan Musnah Akibat pengkhianatan dari bangsa sendiri..!!!

Itulah Akibatnya Apabila Sesama
Bangsa kita bersengketa...
Empayar yang Kuat pun hancur dan binasa...
Apa yang Tinggal hanyalah debu-debu sebuah Cerita, Sekadar menjadi peneman hikayat Tidur malam anak-anak bangsa...

Usahlah kita Bersengketa...
Kerna sesungguhnya Melayu itu hidupnya bersatu dan Bersaudara, Andai bersengketa maka
Rosak dan binasa...
Belajarlah dari Melaka, usahlah Diulangi kesilapan itu lagi...

Janganlah jadi petualang kepada bangsa
dan agama sendiri, Tanah Melayu ini
warisan nenek moyang kita, di tangan
Kitalah ia kan kekal Terpelihara...

Aaahh...satu lagi yang menjadi persoalan Semua sekian lama...

" Ke mana hilangnya TUAH ketika itu...? "Tuah tidak ke mana-mana...

Tuah bukanlah pengecut dan dayus untuk lari meninggalkan Melaka dalam keadaan rosak dan binasa...
Pantang sekali Pendekar berundur sebelum bertempur, inikan pula Laksamana Tuah yang termasyhur...

Namun Tuah bersedih melihat
pengkhianatan bangsanya sendiri...!Tuah membawa diri dan hilang entah ke mana Setelah jiwanya tersiksa akibat membunuh saudara sendiri...
Demi taat Dan setia kepada Sultan Melaka, adinda Jebat menjadi taruhannya...

Derhaka kepada Sultan bukan langkahannya, kerna pantang anak Melayu untuk derhaka pada
sultannya..
Itulah prinsip dan pegangan Tuah, lantas Tuah pergi membawa diri..
Meninggalkan segala kekalutan dan
kehancuran duniawi, meneruskan
hidupnya secara tersendiri.. Mengenal diri dan mencari rabbi.. =)

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
SUDAHKAH ANDA PECAHKAN HIDING CODE YANG DIBERIKAN...?
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Mengapa "Mereka Beria-Ria Mahu Menjajah Melaka...??

Itu Baru Sedikit Jika Hendak Dibandingkan Dengan Penipuan Sejarah Mereka...

Masih Ingatkah Anda Akan Filem Pirates of The Carribean...?
Filem Yang Mengambarkan Sebuah Keagungan Pelayar-pelayar Yang Digelar Lanun Oleh Mereka...
Tahukah Anda...
Oleh Disebabkan Ketakutan Mereka Pada Masa Lampau Menjadikan Ia Satu
Tragedi Yang Tak Dapat Dilupakan...
Kenalkah Anda Dengan Captain Jack Sparrow...??
Apa Kaitan Kapten Jack Sparrow Dengan Kapten Barbossa...??
Siapakah Mereka Berdua...?

Apabila disebut Barbossa, Saya yakin
ramai dalam kalangan kita akan
terbayangkan Watak Seorang Lanun
memakai penutup sebelah Matanya
seperti yang terdapat dalam filem
Pirates of The Carribean....

Namun tahukah Kita, Sebenarnya watak Hector Barbossa Adalah watak yang diadaptasikan dari Watak tokoh Islam yang popular dalam Dunia peradaban Islam dahulu kala...
Barbarossa bererti janggut merah dalam bahasa Itali...
Hanya terdapat tiga tokoh
besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom
(1123-1190) dan dua orang adik-beradik
iaitu Aruj dan Khairuddin atau disebut
dengan Hayreddin, kedua-duanya dari
Turki.

Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains)
dan teknologi (terutama infrastruktur dan senibina) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut...

Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris)....
Sebuah gunung berhampiran
dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu...

Sebermulanya era Perang Salib, Eropah
telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban yang maju mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M...

Manakala...
Siapakah Pula Watak Utama Didalam Filem Tersebut...?

Captain Jack Sparrow : Pelayar
Melayu...?

Kajilah Sejak Bila Empayar Melayu Islam Mula Menggunakan Senjata api...?
Adakah Melayu Hanya Tahu Berpencak Bersilat Semata-mata...?

Tahu Kapten Jack Sparrow Itu Diilhamkan Dari Mana...?
Senjatanya...?
Tahu Apa Itu Terakol...?

Terakol atau Tarkul adalah Antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu...
Ia juga tergolong Diantara Senjata Api Melayu Yang Digelapkan Sejarah .

Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini
membolehkan ia membakar serbuk bedil Secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’.
Terakol berbentuk seperti pistol dan ia
adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silama Melayu bernama Pemuras Yang dikecilkan...
Terakol digunakan di dalam
peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina menentang Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke...

Terakol juga digunakan di Patani dan
Melaka. Selain itu, dalam Perang Naning, senjata ini turut digunakan... Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock ( kancing batu
api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

Dalam filem Pirates of Caribbean, Jack
Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)
Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.
Teknologi "flintlock" yang dicipta oleh Barat maka ketika itu bertukarlah namanya dari Terakol atau Tarkul menjadi pistol...

Mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah seorang Melayu. Lagenda lanun Melayu "the 19th Malay Regiments of British Royal Navy".

Kurang lebih 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini berada dalam simpanan kerajaan penjajah British...

Karekter Captain Jack Sparrow ini diinspirasikan daripada Raja Pelayar Dunia yang berketurunan Melayu
suatu ketika dahulu...
Manakala Nama karekter
Barbossa juga diinspirasikan
daripada seorang Pelayar asal Turki,
Hector Barbossa Dalam filem Pirates
of the Carribean : At World End (Di
Penghujung Dunia)
Semua Watak Hebat Ini...
((( Diilhamkan Dari Tokoh Islam )))

Dipenghujung Dunia...?
Masih Ingatkah Anda Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi
Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan
semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai
'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas...
Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negara kota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir...
Ia Juga Mengelar Negara Dipenghujung Dunia...

Jadi Apa Kaitan Empayar Melayu Islam Melaka Dengan Empayar Islam Uthmaniah Di Turki...?
Masih Tidak Dapat...?

Cahaya Berlapis Cahaya...
Pandangan Tembus Ke Mana-mana...
Pandangan Mata Tiada Terlihat Lagi...

Wahai Melayu...
Bangsa Yang Tidak Kenal Sejarah...!
Pandanganlah Disini...
Lihatlah Disini...!
Dengar Dengan Mata HATI Mu...!

Apa Yang Menyebabkan Kau Terlalu Mengagung-agungkan Teori Sejarah Barat...?
Apa Yang Menyebabkan Kau Buta Tidak Mampu Melihat...?
Adakah Kerana Kau Tidak Beragama Atau Tidak Berbangsa...?

Apa Yang Terjadi PadaMu...?
Tanya DiriMu...!
Siapa Kamu...?
Kamu Berasal Dari Mana...?
Manakah Hilangnya SejarahMu...!
Bagaimana Sejarah Mu Boleh Hilang...!!
Siapa Yang Menghilangkan...!
Bagaimana Mereka Menghilangkan...!!
Bahasa Apa Yang Kamu Gunakan...?
Bagaimana TulisanMu Di Hilangkan...
Apa Yang Menyebabkan Kamu Hilang Identiti...
Bagaimana Identiti Mereka Boleh Meresap Dalam Diri Mu...!

LIHATLAH KEADAAN KAMU SEKARANG, LEBIH HINA DARIPADA TAHI...!

Asbab Kamu Melupakan Identiti Bangsa Mu Dan Mengambil Identiti Penjajah Kuffarlah Menyebabkan DiriMu Dijajah Juga....

Apa Perjuangan Bangsa Mu,
Kamu Tidak Mengetahui...
Apa Yang Diingginkan Hati Kamu Tidak Peduli...
Apa Yang Agama Tekanan Kamu Menjadi Buta Tuli...
Kemana Hilang Semuanya Itu...

Akhir Kalam Ku...
Tiada Yang Lebih Mengembirakan Dari Melihat Saudara Ku Memahami Apa Maksud Tersirat Dengan Ucapan :

" TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA"

Wassalam...


sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=289171614514752&set=a.168651213233460.34254.153331424765439&type=1&theater

Rabu, 30 Maret 2011

Sistem Wang Kertas Ideologi Zionis (Penyusupan)

Berikut saya berikan contoh cerita ringkas bagaimana asal usul sistem ini diterima oleh masyarakat diseluruh dunia satu ketika dulu. Fahamkan dan anda pasti termanggu melihat kecerdikan dan kelicikkan Yahudi Zionis untuk menguasai dunia sekarang ini.

"Suatu ketika dahulu, jauh di tengah lautan terdapat dua buah pulau yang berjiran. Sebuah bernama Aya dan sebuah lagi bernama Baya. Mereka yang tinggal di pulau Aya dipanggil kaum Ayan, pulau mereka amat subur dan penuh dengan tanaman dan juga buah-buahan tropika. Terdapat banyak air terjun dan sungai yang bukan sahaja memberi mereka sumber air minuman malahan ianya menjadi tumpuan penduduk Aya untuk bersantai dan beriadah bersama keluarga.

Lautan disekeliling pulau mereka amat bersih dan bebas dari pencemaran, dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang juga memberi sumber makanan untuk mereka. Pulau Aya juga mempunyai emas dan kaum Ayan terutamanya wanita amat sukakan perhiasan dari emas. Mereka juga menggunakan kepingan2 emas sebagai wang kerana bagi mereka emas adalah sesuatu yang bernilai. Raja Aya memerintah Pulau Aya dan dialah yang mengawal pengeluaran kepingan2 emas tersebut untuk digunakan sebagai wang. Kaum Ayan hidup saling bantu membantu sesama sendiri dan mereka juga tidak mengenakan riba, faedah atau bunga apabila mereka meminjam wang sesama mereka.

Ada kalanya, Aya dilanda ribut dan ombak besar memusnahkan rumah dan harta mereka, akan tetapi dengan segeranya mereka saling tolong menolong membantu membina dan membaiki kerosakan yang berlaku. Jika tiada ribut, hidup mereka adalah sebuah pulau dengan komuniti masyarakat yang aman dan hidup dengan harmoninya.

Dipulau yang sebuah lagi iaitu Baya yang mana penduduk disitu dipanggil kaum Bayan, ia diketuai oleh seorang pemimpin bernama Tuk Bayan, beliau adalah lelaki berumur yang dihormati dikalangan mereka. Pulau Bayan juga adalah pulau yang subur, kaum Bayan rata2nya adalah pesawah atau pun penternak lembu, kambing dan juga ayam. Sesetengah mereka amat mahir didalam bertukang dan membuat pelbagai barang kegunaan. Mereka juga hidup dengan aman dan saling tolong menolong sesama mereka didalam meneruskan kehidupan.

Kaum Bayan bagaimanapun tidaklah semoden kaum Ayan, mereka hanya bertukar2 barang sesama mereka. Mereka sedar yang pulau mereka tidak sehebat pulau Aya yang lebih kaya malah mereka menganggap pulau Ayan lebih canggih daripada pulau mereka sendiri. Mereka merasakan kaum Ayan bernasib baik dan lebih hebat daripada mereka. Sekali sekala mereka juga bertukar barangan dengan kaum Ayan, mereka tidak tahu apa itu konsep wang. Walaubagaimana pun kaum wanita mereka juga sukakan emas terutamanya barang kemas yang dibuat oleh kaum Ayan.

Pada satu hari, dua lelaki asing Gago dan Mago, yang belayar dengan kapal berlabuh di Pulau Aya. Kaum Ayan yang amat peramah dan baik hati itu menyambut kedatangan dua tetamu mereka itu. Gago dan Mago menceritakan kisah pelayaran mereka yang hebat dan ini mengkagumi kaum Ayan. Mereka juga menunjuk kepada kaum Ayan beberapa wang shiling emas dan wang kertas yang digunakan oleh orang2 ditempat lain.

Kaum Ayan tidak pernah melihat wang kertas sebelum ini, malahan pada wang kertas itu ada gambar pisang yang juga merupakan buah kegemaran mereka. Gago dan Mago juga menunjukkan kepada mereka mesin pencetak wang kertas, apalagi, ini lantas menarik perhatian kaum Ayan. Mereka amat takjub kerana mereka tidak pernah melihat mesin sebegitu. Kaum Ayan amat meyenangi Gago dan Mago lantas mengajak mereka hidup bersama mereka dipulau itu.

Gago dan Mago kemudiannya meyakinkan kaum Ayan yang sesuatu yang dinamakan bank akan memberi faedah yang amat besar kepada mereka. Gago dan Mago menjelaskan yang bank akan memberikan tempat yang selamat untuk menyimpan wang emas mereka dan pada masa yang yang akan menaik taraf ekonomi dengan membolehkan simpanan itu dipinjamkan kepada orang lain untuk memberi manafaat yang mana jika tidak hanya tersimpan begitu sahaja. Kaum Ayan yang sememangnya suka membantu sesama mereka menganggap itu satu idea yang amat bagus. Gago dan Mago lantas membina sebuah bangunan kecil dengan tempat simpanan selamat dan bermulakan operasi bank yang pertama dipulau Aya.

Mereka meraikan penubuhan bank itu dengan meriahnya. Kaum Aya berpusu2 menyimpan wang emas mereka didalam bank Gago dan Mago. Bagi setiap emas yang disimpan kaum Aya akan diberi sekeping kertas bercetak yang mana mereka boleh gunakan untuk menuntut kembali wang emas mereka.

Kaum Aya amat gembira dengan wang kertas mereka, malah pada wang kertas tersebut terdapat gambar pemimpin mereka Raja Aya, yang mana membuatkan Raja Aya juga bangga dengannya

Sejumlah 100,000 kepingan emas didepositkan oleh kaum Ayan dan sejumlah wang kertas yang sama juga dikeluarkan. Sekarang mereka menggunakan kertas sebagai wang dan mendapati lebih mudah menggunakannya berbanding kepingan emas yang berat sebelum ini. Wang kertas cetakan Gago dan Mago menjadi salah satunya matawang yang digunakan dipulau Aya. Tiada lagi mereka yang menggunakan kepingan emas.

Kaum Ayan amat gembira kerana dengan mudahnya mereka boleh berurusan sesama mereka. Mereka amat percayakan Gago dan Mago kerana setiap kali mereka memulangkan wang kertas tersebut, kepingan emas mereka dikembalikan semula. Gago dan Mago lama kelamaan menjadi seorang yang dihormati dan dipuji didalam masyarakat pulau Aya.

Cerita mengenai wang kertas di pulau Aya sampai kepengetahuan kaum Bayan dan mereka juga tertarik dengan wang kertas tersebut. Mereka lantas meminta bantuan Gago dan Mago. Dengan tersenyum, Gago dan Mago menyatakan mereka dengan senang hati juga ingin membantu mereka. Mereka kemudian membina bangunan yang sama di pulau Baya untuk digunakan sebagai bankdan Mago menjadi pengurus bank tersebut.

Berbeza dengan pulau Aya, pulau Baya tidak mempunyai emas untuk disimpan oleh kaum Bayan sebagai deposit. Mago menyatakan tidak mengapa, sebaliknya dia akan memberikan 1000 keping wang kertas kepada setiap keluarga di pulau Baya. Disebabkan ada 100 keluarga di Baya maka 100,000 keping wang kertas diedarkan.

Akan tetapi Mago memberi syarat, pada setiap tahun setiap keluarga mesti memulangkan 1100 keping wang tersebut, 10 peratus lebihan tersebut adalah untuk upah perkhidmatan mereka. Kaum Bayan mendapati wang kertas suatu yang ajaib, ia membuatkan urusan perniagaan mereka semakin mudah dan tiada lagi kerenah mencari orang lain yang ingin bertukar barangan dengan mereka. Mereka semakin boleh tumpukan perhatian kepada satu pekerjaan sahaja.

Ekonomi Aya dan Baya semakin berkembang dengan pesatnya, Gago dan Mago membuat keputusan sudah tiba masanya untuk menjalankan tipu muslihat mereka. Gago mendapati pada satu2 masa, hanya 10% sahaja simpanan emas dituntut oleh kaum Ayan, selebih 90% lagi selamat didalam simpanan. Melihat wang kertas cetakan mereka sudah semakin diterimapakai, mereka mencetak lagi sebanyak 900,000 wang kertas. Gago mengira, jika kaum Ayan datang menuntut kembali wang emas mereka, dengan kadar 10% tuntutan pada satu2 masa, 100,000 kepingan emas cukup untuk menampung tuntutan itu.

Gago kemudiannya meminjamkan wang kertas yang dicetak itu kepada penduduk Aya yang memerlukannya dengan kadar faedah 15%. Lama kelamaan kaum Ayan mendapati harga barangan mereka semakin meningkat. Mereka tertanya2 akan tetapi tiada siapa yang tahu mengapa terjadinya demikian. Sesetengah dari mereka yang meminjam wang dari Sago tidak mampu membayar balik pinjaman walaupun mereka bekerja keras untuk mendapatkan wang yang lebih. Persaingan semakin sengit didalam perniagaan dan masyarakat menjadi semakin kurang prihatin dan tidak lagi ambil peduli kebajikan sesama mereka seperti sebelum ini.

Kaum Bayan juga mendapati perkara yang sama terjadi kepada mereka, pada mulanya mereka tidak nampak harga barangan yang meningkat, akan tetapi mereka perasan akan perubahan dari segi sikap sesama mereka. Mereka terpaksa lebih bersaing dan semakin kurang prihatin sesama mereka. Walaupun terpaksa bekerja keras dan dengan cuba bersaing, sesetengah mereka tidak mampu membayar balik pinjaman. Mereka tidak berjaya mendapat wang yang cukup untuk dipulangkan kepada bank kepunyaan Mago.

Mago mula merampas harta kepunyaan kaum Bayan yang tidak mampu membayar pinjaman seperti tanah dan juga ternakan seperti lembu dan kambing. Tuk Bayan juga antara mereka yang tidak mampu membayar balik akan tetapi Mago memberi pinjaman semula kepada Tuk Bayan dan juga kepada kaum Bayan yang lain yang mana ini menambah lagi hutang mereka. Tuk Bayan kemudian tidak mampu lagi membayar dan Mago membiayainya lagi dengan lebih banyak hutang yang perlu dibayar. Tuk Bayan mula mengelak dari berjumpa dengan Mago, beliau sungguh malu malah kuasa, keberanian dan kehormatan yang dimilikinya dahulu semakin hilang. Tuk Bayan sebaliknya mendapati Mago menjadi semakin kaya dengan mengambil harta kaumnya. Malah beliau merasakan kuasa, keberanian dan juga kehormatan yang dipunyainya dahulu sekarang beralih kepada Mago.

Selepas beberapa tahun, Gago dan Mago yang dahulunya berlabuh dipantai pulau Aya dengan hanya mesin pencetak, sekarang adalah tuan punya kebanyakan tanah dan harta dikedua2 pulau Aya dan Baya. Penduduk pulau tersebut sekarang hanya menjadi pekerja dan hidup didalam kemiskinan. Mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung hidup yang semakin sukar. Semakin kurang masa untuk bersama keluarga, rakan2 malahan untuk beribadat. Masalah sosial semakin berleluasa, manusia semakin tidak pedulikan manusia yang lain. Tidak dapat dinafikan lagi dengan kemiskinan, penyakit sosial lain seperti kecurian, rompakan, pelacuran juga semakin meningkat. Begitu juga dengan alam sekitar mereka yang dahulunya bersih sekarang sudah tercemar akibat aktiviti penduduk Aya dan Baya sendiri yang terpaksa mengekspoitasi sumber alam untuk membayar hutang2 mereka.

Cara hidup mereka sikit demi sedikit berubah kerana Gago dan Mago memperkenalkan budaya "hebat" olahan masyarakat "hebat" dari mana mereka berasal. Inilah penghujung budaya prihatin dan penyayang masyarakat pulau Aya dan Baya yang hidup dengan aman dan prihatin sebelum Gago dan Mago datang dengan mesin pencetak.

Gago dan Mago tidak berhenti disitu, mereka terus menyebarkan pengaruh mereka manusia dan masyarakat lain. Impian utama mereka adalah untuk menjadi raja yang memerintah dunia dengan mewujudkan satu sistem perbankan dengan satu sistem kewangan global.

Kita boleh menganggap, berdasarkan perumpamaan diatas, dibawah sistem kewangan antarabangsa, kejadian yang berlaku diatas adalah apa yang berlaku pada negara2 membangun diserata dunia termasuklah negara kita Malaysia.

1. Inilah cara bagaimana wang dicipta dibawah sistem perbankan semasa. Jika keperluan simpanan disyaratkan adalah 10% maka dengan simpanan sebanyak 100,000, maka jumlah pinjaman yang boleh diberikan adalah sebanyak 1,000,000 (100,000/0.1).

2. Lebih mudah untuk melihat permasalahan diatas dengan formula untuk pertukaran yang mana MV = PY
Didalam contoh diatas, dengan bertambahkan wang didalam kitaran M tanpa bertambahnya dengan kadar yang sama akan jumlah barangan atau perkhidmatan Y, paras harga P akan meningkat (dengan anggapan kadar kitaran, V, kekal tidak berubah).

3. Pinjaman (bercampur dengan bunga/faedah) tidak akan habis dibayar kerana bunga/faedah tersebut tidak wujud dalam bentuk wang. Perhatikan faedah 15% dari 900,000 iaitu 135,000, jadi jumlah yang perlu dibayar adalah 1,035,000 tetapi hanya 1,000,000 wang yang wujud didalam sistem, maka ketidak bolehan membayar balik memang tersedia didalam sistem tersebut.

4. Disebabkan wang faedah/bunga yang dikenakan tidak wujud didalam sistem itu maka persaingan untuk mengaut wang sedia berlaku, ini dapat dilihat dalam persaingan didalam perniagaan. Sikap manusia secara keseluruhan juga berubah dan lebih mementingkan diri sendiri.

5. Disebabkan tiada wang yang cukup untuk membayar keseluruhan hutang didalam sistem, akan terdapat mereka yang tidak dapat membayar hutang (bankrup/harta dirampas/rumah dilelong).

6. Bayangkan jika anda meminjam Rm10,000 dari rakan anda, apakah kelakuan anda terhadap rakan anda itu tidak berubah, contohnya apabila terserempak dijalanan? Lebih2 lagi apabila tempoh masa pinjaman yang anda persetujui sebelum ini sudah terlewat?

Kredit kepada Prof Ahamed Kameel Mydin Meera untuk bukunya "The Theft Of Nation - Returning to Gold dan korekgold blogspot"

Terkejutkan? Inilah rancangan jahat Yahudi Zionis yang dirancang sejak 100 tahun dahulu lagi. Saya akan kupaskan lagi kepintaran mereka ini menerusi artikel berikutnya. Perkongsian artikel ini saya lakukan sebagai ibadah dan kesedaran bahawa sistem kewangan yang kita amalkan sekarang sememangnya amalan Yahudi sejak zaman berzaman lagi yang suka menjalankan amalan Riba dalam urusan perdagangan. Ia juga satu jalan untuk Yahudi memiliki tanah seperti yang terjadi di Palestin dan menjadi raja dunia. Fikir-fikirkan.

Selasa, 05 Oktober 2010

Episod 3: Mustafa Kemal Atatürk

Photobucket

Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Adajuga yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Photobucket

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):

Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel…… Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap

Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Photobucket

Belaiu telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamlkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.

Imej Mustakam Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal’ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).

Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah belaiu mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluan kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.

Photobucket

Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 – 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.

Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.

Photobucket

Isteri Ataturk

Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.

Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara. Khalifah cuba memeujuk Ataturk tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, “Saya akan tinggal di anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai.”

Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan belaiu telah diserati oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.

Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memeasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.

Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.

Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari’ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.

Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalahadalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.

Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.

Sabtu, 04 September 2010

Episod 2: Sejarah Kejatuhan Kuasa Islam Dunia

Sebelum pengaruh Islam menjadi lagi luas, negara2 Barat bertindak pantas dengan menggalakkan rakyat Teluk Tunisia untuk bangun memberontak terhadap kerajaan Uthmaniyah bermula sejak tahun 1877. Akhirnya pada tahun 1881, Perancis berjaya menduduki Tunisia. Pada tahun 1882 Britian menawan Mesir. Kemudiannya Belanda menyerang Indonesia dan Rusia menyerang Asia Tengah. Britain mempeluaskan lagi penaklukannya ke negara India dan Sudan. Sudah nampak dengan jelas bahawa negara2 Barat sedang menghancurkan dunia Islam.

Akhirnya, pada hari Selasa 27 April 1909, 240 ahli senat Uthmaniyah bersepakat di bawah tekanan golongan Turki Muda Kebangsaan untuk melucutkan Abdul Hameed dari kekuasaan. Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali telah mengeluarkan Fatwa tentang penghapusan kuasa. Ahli2 senat Uthmaniyah bersetuju dengan Fatwa tersebut.

Berikut adalah terjemahan dari fatwa itu:
"Jika imam kaum muslimin mengambil kepentingan isu-isu keagamaan dari buku perundangan dan mengumpul buku-buku tersebut, membazir wang negara dan terikat dengan perjanjian yang bertentangan dengan undang-undang Islam, membunuh, menangkap, mengusir rakyat tanpa alasan, kemudian telah berjanji untuk berhenti melakukannya akan tetapi masih melakukannya lagi untuk merosakkan keadaan kaum muslimin di seluruh dunia Islam, maka pemimpin ini harus dikeluarkan dari pejabatnya. Jika penghapusan kuasanya untuk mendapatkan keadaan yang lebih baik daripada membiarkan ia terus tinggal di pejabat, lalu ia mempunyai dua pilihan sama ada mengundurkan diri atau dibuang dari pejabat. "
Syekh Of Islam Mohammad Día 'Aldin Afandi

Fatwa yang sangat aneh dan setiap orang dapat melihat bahawa kandungannya tidak melambangkan dengan perbuatan dan tindakan Abdul Hameed. Setelah itu Ketua Majlis Menteri, Tawfiq Pasha dipanggil untuk memberitahu Abdul Hameed tentang keputusan tersebut. Ia menolak untuk melakukannya. Jadi, mereka mengirimnya sekumpulan empat orang: Aref Hikmat, Aram Afandi (Armenia), As'ad Tobatani dan Emanuel Qrasow (Yahudi). Sebaik saja mereka masuk ke pejabatnya, mereka mendapati Abdul Hameed berdiri dengan tenangnya, Aref Hikmat membacakan fatwa kepadanya, lalu As'ad Tobatani maju dan mengatakan "kerajaan telah memindahkan kamu dari pejabat kamu." Abdul Hameed menjadi marah lalu berkata "kerajaan telah hapuskan saya dari pejabat saya, yang itu saya terima ... tapi mengapa kau membawa Yahudi ke ibupejabat Khilafah? " dan ia menunjuk kepada Qrasow.

Jelas bahawa ini adalah tindakbalas Yahudi apabila Abdul Hameed menolak penjualan Palestin kepada orang Yahudi. Sekarang mereka telah tunjukkan kepadanya bahawa mereka adalah sebahagian daripada rancangan pengusirannya. Ini adalah satu tamparan hebat terhadap Abdul Hameed dan wajah umat Islam.

Photobucket
Sebuah gambar yang menunjukkan Abdul Hameed dan empat orang ketika dia mengatakan ia dipindahkan dari pejabat.

Akhirnya, selepas Abdul Hameed hilang kuasa datanglah beberapa pemimpin Islam yang lemah. Mereka tidak boleh mempertahankan negara dan mereka kehilangan kekuatan dengan mudah. Semasa Sultan Abdul Hameed berkuasa beliau menjangkakan, Perang Dunia I akan berlaku melibatkan kuasa barat dengan negara Uthmaniyah untuk dibahagi-bahagikan kepada negara yang lebih kecil.

Arab memberontak di Hijaz dengan bantuan British dan Perancis, yang kemudiannya mereka dikhianati dan meletakkan mereka di bawah jajahannya, dan memberikan Islam Palestin kepada orang Yahudi.

Turki Muda Kebangsaan mengambil kekuasaan dan Mustafa Kemal Ataturk membatalkan Khilafah Islam pada tahun 1924. Itu adalah berakhirnya sebuah kepemimpinan bersatu bagi Muslim untuk 1300 tahun. Barat telah berjaya sepenuhnya.

Sumber rujukan utama cerita2 sejarah di atas adalah dari : Sumber : http://www.ummah.net/sultan/

Photobucket
Perisytiharan Perang Dunia 1 dari pihak kerajaan Empayar Uthmaniyah

Dengan itu parlimen Britain ishtihar ‘holy war’ keatas negara2 Uthmaniyah maka tercetuslah perang dunia pertama. Orang2 Arab berpakat dgn Britain untuk belot kepada Uthmaniyah – dalang di sebalik orang2 Arab ialah zionist. Malah Arab telah mengadakan perjanjian dgn zionist sebagai pelan damai untuk membenarkan Arab menubuhkan negara Arab di semenanjung Arab dan Israel menjadikan Palestine sebagai negara mereka.

Photobucket
Gambar; Pengkhianat atau pembelot Uthmaniyah dari keturunan Arab yang dihukum gantung oleh Komande 4th Army, Ahmet Kamal , dalam Perang Dunia Pertama. Hukum tembak atau gantung sampai mati adalah hukuman yang banyak dilakukan kepada pengkhianat / pembelot negara semasa Perang Dunia Pertama.

Selepas Abdul Hameed dilucutkan dari jawatannya, ramai penulis mula menyerang peribadinya. Salah seorang dari mereka ini ialah John Haslib, dengan bukunya "Sultan Merah" menjadi terkenal, dan dialih-bahasakan ke banyak bahasa seperti Bahasa Arab dan Turki. Sebuah buku Turki berjudul "Iki me vrin perde arkasi - yazan: nafiz tansu" oleh Ararat Yayinevi juga merupakan sebahagian daripada propaganda kebencian terhadap negara Uthmaniyah yang semakin tenggelam. Sebuah lagi buku ditulis oleh orang Arab Kristian yang terkenal Georgy Zaydan dalam bukunya "Cerita Dari Sejarah Islam - Revolusi Uthmaniyah". Buku-buku ini tidak lain hanyalah cerita-cerita pembohongan oleh orang-orang yang bencikan Islam dan bencikan muslimin yang sangat mendalam. Buku itu menyajikan bahawa Sultan Abdul Hameed tenggelam didalam kesenangan hidup seperti bermain perempuan dan ketagih arak, dan pemerintah zalim yang kejam terhadap musuh-musuh politiknya tanpa memberi keampunan dan juga terhadap orang-orangnya. Tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak benar dan suatu hari nanti kebenaran akan muncul.

Photobucket
Sebahagian buku yg penuh dengan pembohongan terhadap Abdul Hameed.

Kamis, 26 Agustus 2010

Episod 1: Sejarah Kejatuhan Kuasa Islam Dunia

Pemerintah Uthmaniyah terakhir – Sultan Abdul Hamid Ke2.

Photobucket

Sultan Abdul Hameed Kedua telah dilahirkan pada hari Rabu, 21 September 1842. Nama penuhnya adalah Abdul Hameed Khan Kedua Bin Abdul Majid Khan. Ia adalah putra dari Sultan Abdul Majid (dari isteri keduanya) Ibunya meninggal dunia ketika ia berusia 7 tahun. Abdul Hameed bertutur dalam bahasa Turki, Arab dan Parsi dan dia belajar beberapa buku kesusasteraan dan puisi. Ketika Abdul Majid ayahnya meninggal, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifa. Abdul Aziz yang tidak lama berkuasa. Dia dipaksa keluar dari kekuasaan dan kemudian dibunuh oleh musuh-musuh politik Uthmaniyyah. Penggantinya adalah Sultan Murad, anak Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada kuasa dalam masa yang singkat kerana ia tidak sesuai untuk berada di pejabat.

Pada 31 Ogos 1876 (1293 H) Sultan Abdul Hameed diangkat menjadi Khalifah, dan penduduk2 memberi jaminan akan setia kepadanya. Dia ketika itu berusia 34. Abdul Hameed menyedari, seperti tercatit dalam dairinya (buku hariannya), bahawa pada masa pembunuhan bapa saudaranya, dan perubahan yang menjalar dalam kepimpinan adalah semacam konspirasi terhadap negara Islam.

Abdul Hameed memiliki karakter sejarawan yang mendalam. Dia dipertanggung-jawabkan untuk memimpin sebuah negara besar yang berada dalam situasi tegang dan kritikal. Dia menghabiskan lebih dari 30 tahun dengan konspirasi dalaman dan luaran, perang, revolusi, peristiwa dan perubahan yang berterusan (constant). Abdul Hameed sendiri menyatakan perasaan ini dalam tulisan-tulisannya dan puisi. Berikut ini adalah contoh dari puisi tulisan tangan, yang diambil dari buku "Bapa-Ku Abdul Hameed," ditulis oleh putrinya Aisha.

Photobucket
Terjemahan puisi,

Allah aku tahu Kau adalah Satu yang terhormat
dan tidak ada seorang pun kecuali Kau hanyalah Satu
Kau hanyalah Satu, dan tiada yang lain
Allah mengambil tangan dalam masa saya sukar
Allah menjadi penolong ketika saya kritikal

Masalah pertama yang Abdul Hameed hadapi ialah Midhat Pasha. Midhat Pasha secara rahsia terlibat dalam pembunuhan bapa saudara Abdul Hameed. Ketika Abdul Hameed mendapat kuasa, dia melantiki Midhat Pasha sebagai Ketua Majlis Menteri kerana pada ketika itu Midhat sangat popular dan Abdul Hameed memerlukannya sebagai keyakinan untuk tetap berkuasa. Midhat Pasha adalah gabenor yang baik, tetapi ia berpendirian. Midhat Pasha disokong kuat dalam dewan Shura (parlimen). Dengan sokongan orang-orang Shura dia berjaya mendapat kelulusan resolusi untuk berperang melawan Rusia. Abdul Hameed tidak dapat menghalang keputusan yang kuat itu. Jika ia cuba menghalang kemungkinan ia akan dibuang dari pejabatnya itu. Dewan Shura masih ingin menyalahkan dia keatas semua kerugian yang berlaku hasil dari kesilapan perang tersebut. Sebenarnya Abdul Hameed tidak mahu peperangan pada masa itu. Negara Islam terlalu letih dengan penglibatan peperangan yang banyak. Abdul Hameed mampu menggunakan kuasanya terhadap Midhat Pasha untuk mengurangkan populariti Midhat. Dia akhirnya berjaya menyelesaikan populariti Midhat dengan mengambil tindakan membuang daerah. Midhat telah diasingkan dan dihantar ke Eropah. Rakyat jelata dan ahli politik menyambut baik tindakan tersebut dengan penuh rasa gembira.

Setelah itu, Abdul Hameed mula memberi tumpuan kepada musuh2 Negara Islam Uthmaniyyah. Dia dapat meramalkan kebangkitan Revolusi Komunis di Rusia, dengan kebangkitan ini akan membuat Russia lebih kuat dan lebih berbahaya. Pada ketika itu, bahagian negara Balkan menghadapi dua bahaya, iaitu Russia dan Austria. Abdul Hameed cuba membangkitkan Balkans bagi menyedarkan mereka tentang bahaya yang bakal menimpa. Dia hampir mendapat kesepakatan dengan negara2 Balkan, tetapi ketika perjanjian tersebut berada di tahap akhir, 4 negara Balkan memilih perjanjian berasingan untuk tidak termasuk di bawah negara Uthmaniyah. Perubahan tersebut adalah datangnya dari pengaruh Barat dan pengaruh Rusia yang lebih kuat.

Photobucket
Keluasan empire Uthmaniyah

Abdul Hameed menyedari bahawa konspirasi untuk menghancurkan negara Uthmaniyah adalah lebih besar dari apa yang terfikir. Itu dari kedua-dua belah pihak baik dari dalaman mahupun dari pihak luar. Dia fikirkan dengan menyingkirkan Midhat Pasha buat selama-lamanya boleh membuatkan dia senang hati, tapi sebaliknya dia berhadapan dengan Awni Pasha, ketua Majlis Menteri-menteri (Alsadr Alazam) dan salah seorang pemimpin tentera. Kemudian Abdul Hameed mendapat tahu bahawa Awni Pasha telah mengambil wang dan hadiah dari Inggeris, ganjaran bagi peranannya dalam pembunuhan Abdul Aziz (bapa saudara Abdul Hameed) telah terbongkar.

Awni Pasha mendorong memaksa negara Uthmaniyyah untuk berperang dikenali perang Bosnia di mana ia bertentangan dengan kehendak Abdul Hameed. Abdul Hameed tahu bahawa jika berlaku peperangan Bosnia, negara2 Rusia, Inggeris, Austria-Hungary, Serbia, Montenegro, Itali dan Perancis akan semua menyerang negara Uthmaniyyah dan pasti mereka menawan kembali Bosnia. Awni memberi maklumat salah kepada Abdul Hameed tentang saiz tentera Uthmaniyyah di Bosnia. Dia mengaku memiliki 200,000 askar yang bersiap sedia. Namun, selepas Abdul Hameed periksa dengan jeneral tenteranya yang lain dan mendapati ia hanya punya 30.000 askar, untuk berdepan dengan lebih dari 300,000 tentera.

Pada waktu itu orang ramai mencintai Awni dan Abdul Hameed tidak dapat menghapuskan dia dari pejabat kerana akan membahayakan kestabilan dalam negara. Negara barat, menyedari bahawa mereka boleh menang menyerang Uthmaniyah dengan bantuan sokongan daripada 4 negara Bulkan (Romania, Montenegro, Serbia, Austria-Hungary). Akibatnya, Bosnia dan Greece telah terlepas dan terpisah dari negara Uthmaniyah. Abdul Hameed telah membongkar kesalahan Awni dan kemudian menyingkirkannya. Masyarakat menerima langkah ini. Mahkamah mendapati ia bersalah atas tuduhan konspirasi terhadap negara Uthmaniyah dan membantu kuasa asing, seperti Inggeris.

Photobucket
Istana Yieldz, ibupejabat kerajaan Khalifah Islam Uthmaniyah.

Photobucket

Photobucket
Gambar Baitulmuqaddis sekitar tahun 1940.

Kejatuhan Khalifah Uthmaniyah (Barat merujuk dia sebagai orang sakit) di Eropah yang paling ketara (terkemuka) disebabkan ramainya orang ingin menjadi pembelot, tetapi tidak termasuk orang-orang Yahudi.
Pada tahun 1901 banker Yahudi Mizray Qrasow dan dua pemimpin berpengaruh Yahudi yang lain datang untuk melawat Abdul Hameed, mereka menawarkan untuk memberinya:

1) Membayar SEMUA hutang negara Uthmaniyyah.
2) Membangun Tentera Laut negara Uthmaniyyah.
3) 35 Juta Golden Leeras tanpa bunga untuk menunjang kemakmuran negara Uthmaniyyah.

Sebagai ganjaran untuk;

1) Membenarkan orang Yahudi untuk melawat Palestin pada bila-bila masa mereka kehendaki, dan tinggal selama yang mereka inginkan "untuk melawat tempat-tempat suci."
2) Membenarkan orang Yahudi untuk membina penempatan tempat tinggal mereka, dan mereka mahu berada berhampiran Jerusalem (Baitulmuqaddis).

Abdul Hameed menolak tawaran itu malah enggan bertemu dengan mereka. Ia menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha, dan ini jawapannya "Katakanlah kepada orang-orang Yahudi yang tidak bersopan bahawa hutang negara Uthmaniyah tidak memalukan, Perancis mempunyai hutang dan yang tidak ada kesannya. Baitulmuqaddis menjadi sebahagian dari tanah Islam ketika Umar Bin Alkhattab mengambil kota itu dan saya TIDAK akan memalukan sejarah Islam menjual tanah suci kepada Yahudi dan TIDAK akan mengkhianati tanggung jawab dan kepercayaan yang diberikan oleh orang-orang saya. Yahudi boleh simpan wang mereka, Uthmaniyah tidak akan bersembunyi di dalam istana yang dibina dengan wang musuh-musuh Islam." Dia juga menyuruh mereka pergi dan tidak akan kembali lagi untuk bertemu dengannya.

Dengan permainan(percaturan strategi) orang-orang Yahudi dan Zionis dalam menentukan tamatnya negara Uthmaniyah kini sudah bermula. Wang2 Yahudi adalah aset penting bagi membiayai penghancuran negara Uthmaniyah untuk membina negara Zionis di Palestin, negara yang orang-orang Yahudi sangat inginkan dan mereka bersedia mengambil risiko walau apa pun terjadi.

Photobucket

Photobucket
Masjid Al Aqsa dibakar selepas ia jatuh ke tangan Zionist.

Orang Yahudi tidak berputus asa, kemudiannya pada tahun yang sama, tahun 1901, pengasas Zionist, Theodor Hertzil melawat Istanbul dan cuba bertemu Abdul Hameed. Abdul Hameed menolak untuk bertemu dengannya dan ia memberitahu Ketua Majlis Menteri "Nasihatkan Hertzil supaya tidak lagi mengambil langkah lebih lanjut dalam projek itu. Aku tidak boleh memberikan segenggam tanah kerana tanah ini bukan milik saya, itu untuk semua Bangsa Islam. Orang Islam telah berjuang berjihad demi tanah ini dan mereka telah disiramkan dengan darah mereka. Orang Yahudi boleh menyimpan wang mereka yang berjuta-juta itu. Jika Kerajaan Khalifah Islam suatu hari hancur kemudian mereka akan boleh mengambil Palestin tanpa sebarang harga Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih suka membenam pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dibahagi-bahagikan dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini adalah sesuatu yang tidak akan, aku tidak akan membiarkan memotong tubuh sendiri sementara kita masih hidup. "
Selepas itu, orang2 Yahudi beralih kepada British untuk mengejar impian mereka supaya menjadi kenyataan.

Photobucket
Theodore Hertzil pengasas gerakan zionist.

Photobucket
Bendera Israel dan bintang 6 ialah simbol zionist.

Photobucket
Jarak kedudukan negara Inggeris dan Perancis (France) dari empayar Uthmaniyah (Ottoman).

Inggeris dan Perancis sudah bersedia untuk memusnahkan Negara Uthmaniyah, tetapi mereka (semua rakyat Eropah) masih cukup gementar dengan perkataan "jihad" yang dilaungkan tentera Uthmaniyah (Barat gelar mereka Sick Man Of Eropah). Inggeris memutuskan untuk menggunakan dasar yang paling penting iaitu dasar luar negera, menawan dan membahagi. Hal ini disokong kumpulan-kumpulan baru seperti Turki Muda dan Arab Muda.

Ketika golongan Turki Muda menjadi semakin kuat di negara Uthmaniyyah, Inggeris tidak perlu melakukan apapun lagi, golongan Muda Turki akan melakukan seterusnya. Mereka mulai menaikkan semangat kebangsaan dan perasaan syak wasangka kepada rakyat Turki dalam Negara Islam. Sebagai tindak balas kepada bangsa Arab, Armenia, Kurdish dan bangsa2 lain untuk menaikkan perasaan kebangsaan(maruah bangsa) mereka masing-masing.

Sebahagian daripada rakyat sudah mulai merasa bahawa bangsa mereka tidak lagi menjadi sebahagian daripada negara Uthmaniyah. Dari situlah bermulanya kejatuhan negara Islam. Rakyat berlaianan keturunan bermusuh sesama sendiri dan menuntut kemerdekaan. Kemudian diikuti dengan Perang Dunia I, di mana orang Arab bekerjasama dengan Bristish dan Perancis untuk memberontak melawan Negara Uthmaniyyah. Tetapi kemudiannya mereka dikhianati oleh Inggeris dan Perancis dan menakluk negera mereka.

Photobucket
Istana Al Azem

Abdul Hameed tidak melupakan pembangunan negaranya. Bia banyak membina institusi2 dan pusat perkhidmatan masyarakat seperti pasar Hamedi dan istana Alazem di Damsyik. Dia juga membina banyak masjid2, tempat2 mandi awam, pasar2 dan rumah2 sakit di Kaherah, Demscus, Sanaa, Baghdad dan seluruh bandar2 Islam. Dia juga memberi perhatian kepada pembangunan sistem pendidikan. Uthmaniyah cuba meniru sistem pendidikan Eropah, namun mereka gagal, kecuali di dalam dua bidang, iaitu bidang perubatan dan bidang ketenteraan. Tentera Uthmaniyah tidak selemah yang orang hari ini, fikirkan. Bala tentera meriam(artillary) Uthmaniyah adalah yang terkuat di dunia. Tentera Laut Uthmaniyah sangat terancang dengan baik dan menduduki tempat ketiga armada yang terkuat di dunia selepas Inggeris dan Perancis. Banyak industri muncul seperti kilang senjata, tenunan benang dan kain serta kilang gula. Sistem jalanraya telah diperbaharui, dan pelabuhan2 diperluaskan. Banyak syarikat2 akhbar (newsprint) baru ditubuhkan. Semasa sebelum Perang Dunia Pertama, Mesir, Iraq dan Great Syria telah mempunyai lebih dari 1,300 surat khabar dan majalah.

Akhirnya dalam masa yang sengkat rakyat empayar Uthmaniyah nampak seperti bangun semula untuk perkukuhkan pertahanan negara, tetapi sekutu-sekutu Barat bertekad untuk menghancurkan kesatuan Islam dengan apa-apa kos. Penduduk2 minoriti bukan-Islam di negara Uthmaniyah digunakan oleh Barat untuk mencipta masalah dan menimbulkan ketidakstabilan, terutamanya warganegara beragama Kristian. Negara-negara barat selalu campur tangan dengan dasar domestik Uthmaniyah dengan alasan "melindungi minoriti Kristian."

Barat juga melancarkan kempen menaikan imej Kristian di dunia Islam dengan membina sekolah2 Kristian dan gereja2. Tumpuan utama untuk meraih orang2 Islam menjauhi Islam dengan menyebarkan atau menwar-warkan budaya sosial bertentangan dengan Islam dan juga idea-idea bertentangan di dalam akhbar2 atau majalah2. Banyak syarikat2 pencetakan ditubuhkan bagi tujuan yang sama, untuk meracuni fikiran kaum muslimin dan menyebarkan idea-idea memusnah dan salah faham di antara mereka.

Barat juga membuatkan negara Uthmaniyah sibuk dengan pelbagai masalah dan dengan itu menggunakan minoriti untuk menggalakkan bangsa Armenia memberontak dan mereka membiayai kos revolusi. Inggeris membantu Druz dan Perancis membantu Maronit di Lubnan, dan mereka berdua terlibat dalam peperangan besar yang terpaksa diselesaikan dengan campurtangan tentera Uthmaniyah. Masalah lain ialah antara Muslim dan Kristian berlangsung, dan kadang2 pada suatu masa penduduk Islam di Damsyik mahu menghapuskan penduduk Kristian. Tentera Uthmaniyah sekali lagi masuk campur di saat-saat akhir bagi mengelak pembunuhan dari berlaku. Era konflik antara agama terus-menerus berlaku antara konspirasi Barat dan pertahanan Abdul Hameed dan semua kaum2 muslimin yang setia.

Juga penting untuk menyatakan bahawa hutang negara Uthmaniyah, ketika Abdul Hameed mula berkuasa, adalah 2,528 juta Uthmaniyah Leera emas. Selepas ia dijatuhkan dari kekuasaannya, hutang negara Uthmaniyah hanya 106 juta Leera. Yang bererti ia telah mengurangkan jumlah hutang kepada sekitar 1 / 20 daripada nilai asal. Golongan Turki Muda, yang naik memerintah selepas Abdul Hameed, menambahkan semula hutang negara pada kadar 1300%.

Dengan kejayaan membayar balik hutang, prestasi Abdul Hameed telah digambarkan(dituduh) tidak akan dapat berbelanja untuk tujuan pembangunan. Tetapi tuduhan itu tidak benar. Abdul Hameed telah memasang jaring telegraf (telephone line) antara Yaman, Hijaz, Great Syria, Iraq dan Turki. Lalu kemudiannya ia disambungkan ke baris jaringan telegraf di Iran dan India. Dia berjaya mendapatkan kembali kos projek dalam masa hanya dua tahun kerana penggunaan yang meluas jaringan ini oleh jemaah2 Haji (orang-orang yang pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji).

Abdul Hameed sedar bahawa satu-satunya harapan bagi umat Islam adalah dengan cara bersatu-padu untuk menjadi umat Islam yang kuat. Abdul Hameed telah menjangkakan bahawa Barat akan cuba untuk memisah-misahkan negara Islam dan kemudian berurusan secara terus dan berasingan dengan negara2 Islam yang terpisah itu. Satu-satunya cara untuk mencegah dari berlaku adalah melalui penyatuan semua umat2 Islam.

Abdul Hameed memutuskan untuk menunjulkan bahawa kekhalifahan Uthmaniyah sebagai mewakili kepimpinan Dunia Islam. Abdul Hameed mampu menyentuhkan perasaan dan mempengaruhi umat Islam di India dan Pakistan dan ini menyebabkan beberapa masalah kepada Inggeris. Keputusan yang sama telah diambil untuk umat Islam di Rusia dan di republik-republik Soviet selatan lain. Abdul Hameed juga telah gunakan umat Islam untuk berikan tekanan kepada Rusia.

Pada saat ini, (apa yang tercatat di dalam buku harian Abdul Hameed) bahawa dia merasa dinding sedang jatuh ke atas dirinya, dan dia merasa dia bersendirian. Dia tidak mampu melawan musuh-musuh negara Islam secara bersendirani. Ia kemudiannya mula bersekutu dengan Jerman, tapi itu juga tidak memadai (berbaloi), kerana Jerman juga menginginkan sebahagian dari negara Uthmaniyah. Pada waktu itu Sultan Abdul Hameed telah merasa bahawa peperangan besar-besaran sudah hampir tiba. Dan jelas, dengan sisa-sisa negara Uthmaniyah yang masih setia akan dipertahankan dan diperjuangkan.

Abdul Hameed memerlukan sesuatu yang besar, sesuatu yang kuat, sesuatu yang boleh membangkitkan semangat perpaduan umat Islam di hati setiap kaum muslimin di seluruh dunia Islam. Abdul Hameed mencari-cari caranya dan akhirnya membuat keputusan untuk menbinakan landasan keretapi Hijaz Rail (1900). Jalan kereta api menghubung Damsyik ke Madinah, dan dari Aqaba ke Maan. Landasan ini menjadi lambang kepada penyatuan(perpaduan) Islam. Semua umat Islam yang menggunakan landasan keretapi ini untuk menunaikan Haji akan merasa bahawa Khalifa Uthmaniyah berusaha untuk membawa mereka lebih akrab, dengan adanya sistem telegraf baru yang paling canggih dan jalan keretapi untuk kemudahan mereka.

Rakyat Islam mulai merasa mereka dihormati dan dihargai dan mereka berterima kasih kepada Kerajaan Uthmaniyah. Pembiayaan pembinaan landasan keretapi telah dapat kembali pulangan dalam beberapa tahun sahaja. Ia juga berperanan sangat penting untuk menghubung beberapa daerah di negara Islam. Juga digunakan sebagai pusat pengangkutan pantas bagi tujuan unit2 tentera.

Abdul Hameed juga melancarkan kempen penyebaran idea2 Islam bagi tujuan sokongan kepada penyatuan Islam di Rusia selatan, India, Pakistan, dan Afrika. Dia mulai mengundang ramai sarjana Islam dari Indonesia, Afrika dan India untuk datang ke negara Uthmaniyah untuk program membina masjid dan institusi Islam di seluruh dunia Islam.

Selasa, 09 Maret 2010

Kepentingan kaum Zionis Kristian untuk roboh al-Aqsa


Tujuan utama mereka adalah untuk merobohkan masjid dan menggantikannya dengan kuil Yahudi yang mereka

panggil sebagai Haychal ataupun Beit HaMikdash.

Bagi mereka yang mempunyai persoalan sedemikian rupa, mereka masih belum mengenali siapakah Zionis Kristian ini. Di dalam buku Sizer, sepertimana juga di dalam tulisan-tulisan Micheal Prior dan juga Dan Sherbok, beliau telah memperkenalkan siapakah golongan Zionis Kristian. Mereka adalah sekumpulan penganut agama Kristian dari mazhab “Protestant”. Mereka mempunyai aqidah “Doomsday” yang begitu diimani sehingga membezakan mereka dari mazhab-mazhab Kristian yang lain. Aqidah inilah yang telah membawa kaum Yahudi ke Palestin. Aqidah ini jugalah yang telah menubuhkan negara “Israel”. Aqidah inilah yang telah mencorakkan dasar luar AS sejak dari penubuhan negara “Israel”. Aqidah ini jugalah yang telah mencorakkan politik di Timur Tengah. Apakah aqidah tersebut?

Mereka beriman bahawa menjelang hari kiamat, Jesus (Nabi Isa A.S.) akan muncul ke bumi ini. Beliau akan membunuh Anti-Christ dan akan membawa keamanan kepada dunia selama seribu tahun (The Happy Milleneum). Beliau juga akan mengkristiankan semua penduduk dunia. Namun, kedatangan beliau mempunyai syarat-syarat. Syarat pertama, Kaum Yahudi hendaklah berkumpul di bumi Palestin untuk membina negara mereka. Nabi Ibrahim di dalam kitab Perjanjian Lama yang berbunyi: “Unto thy seed will I give this land” (Dan kepada keturunanmu akan kuberikan tanah ini), Genesis 12:7.

Dalam Genesis 13:15 pula, “tanah” yang dijanjikan itu diperincikan sebagai: “All the land which thou seest to thee will I give it and to thy seed for ever” (Seluruh tanah ini yang dapat kamu lihat sehingga kepadaKu akan ku berikan kepada keturunanmu selama-lamanya) ketika Nabi Ibrahim berdiri di atas bukit berdekatan dengan Bethel.

Lebih terperinci lagi, di dalam Genesis 15:18 ada menyebutkan: “Unto thy seed have I given this land, from the river of Egypt unto the great river Euphrates”.(Untuk keturunanmu Aku telah berikan tanah ini, dari sungai Mesir (Nil) sehinggalah ke sungai besar Euphrates)

Penubuhan negara tersebut tidak akan lengkap tanpa pembinaan kuil (Haychal) sepertimana ianya wujud di zaman Jesus dahulu. Sesudah itu mereka meramalkan peperangan besar akan berlaku di antara kaum Yahudi dan kaum Arab (Muslim). Peperangan besar tersebut dinamakan sebagai “Armagedon”. Menurut aqidah mereka, kaum Yahudilah yang akan memenangi peperangan tersebut. Pada waktu itulah Jesus akan turun ke bumi dan akan mengKristiankan bangsa Yahudi. Selepas itu berlakukah keamanan dan kasih sayang di dunia selama seribu tahun.

Kegilaan untuk merealisasikan aqidah ini bukanlah sesuatu yang rahsia. Bagi golongan Evangelist di AS, ianya menjadi misi “suci” mereka. Micheal Prior di dalam bukunya “Speaking The Truth” telah mendedahkan rancangan kumpulan tersebut. Evangelist tidak bersendirian, gereja-gereja dan pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai misi Zionis seperti mereka turut bersikap pro-aktif. Selain daripada menguasai polisi luar AS terhadap rantau Asia Barat, mereka juga menyalurkan dana yang banyak kepada Rejim Zionis Israel untuk tujuan mengYahudikan Baitul Maqdis dan merobohkan Masjid al-Aqsa. Hubungan rapat kumpulan-kumpulan Zionis Kristian dengan kumpulan Ultra Ortodoks Yahudi di Baitul Maqdis bukanlah rahsia. Hal yang sama telah disinggung oleh Dan Sherbok penulis buku “The Politics of Apocalypse”.

Walaupun Rejim Zionis tahu bahaya yang akan timbul jika mereka melakukan sesuatu ke atas Masjid al-Aqsa, namun sokongan dan juga dana yang mereka terima dari kumpulan-kumpulan Zionis Kristian mengaburi itu semua. Pendokong-pendokong Zionis Kristian yang berjumlah lebih 100 juta di seluruh dunia itu dianggarkan akan menjadi sumber pelancongan yang amat lumayan bagi negara Rejim. Di atas dasar inilah mereka berterusan dengan polisi menindas kaum Arab Palestin agar meninggalkan kota Baitul Maqdis. Jika terbinanya kuil nanti, Rejim menjangkakan hasil dari pelancongan dan bantuan dari para penganut faham Zionis Kristian akan datang mencurah-curah.

Selasa, 23 Februari 2010

Solomon Temple di Baitulmaqdis?

Kenapa Yahudi Inginkan Baitulmaqdis?

Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanyaa taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.

Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman wafat ketika berdiri atau duduk atas kerusi semasa memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa. Sampai masa siap sepenuhnya, barulah kewafatan baginda dipertunjukkan dengan anai-anai makan tongkat baginda dan jasad baginda terjatuh. Ini nak menunjukkan bahawa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib.

Selepas kewafatan baginda, Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan melakukan penindasan. Ada juga yang masih taat menyembah Allah, namun banyak dari mereka kembali menyembah berhala Baal, berhala Dagon (seperti lambang Starbuck), berhala Jehovah, berhala Osiris dan ada juga yang menyembah syaitan (Baphomet dan Lucifer)

Para penyembah syaitan ini telah membina satu lagi bangunan berdekatan Kompleks Masjidil Aqsa yang mana mereka namakan

Solomon Temple





untuk melakukan ritual penyembahan syaitan dan akan menjadi istana kepada al-Masih Dajjal. Ini diketuai oleh

King Hiram the Thyre

Mereka mengangkut kebanyakan emas yang dipercayai banyak di Masjid Aqsa ke Solomon Temple tersebut.

Selepas banyak melakukan penindasan, mereka diserang oleh kaum Assyria yang memusnahkan kota mereka dan mereka bangun semula. Selepas itu pula diserang habis-habisan oleh kerajaan Rom yang memusnahkan kota Yahudi sehingga menjadi padang jarak padang terkukur, tinggal satu dinding sahaja yang sekarang menjadi Tembok Ratapan (Wailling Wall) yang mana Barrack Obama dan George W. Bush serta bekas Presiden Amerika yang lain melakukan ritual menangisi di tembok tersebut.

Selepas itu mereka berasimilasi dengan kerajaan Rom dan menjadi pembodek tegar kerajaan Rom. Selepas itu Nabi Isa diutuskan kepada mereka dan mereka rasakan Nabi Isa adalah ancaman terhadap kekuasaan mereka. Lalu mereka menghasut pemerintah Rom supaya membunuh Nabi Isa. Tetapi Nabi Isa diangkat ke sisi Allah secara hidup-hidup dan dengan jasad dan orang lain ditukarkan ke rupa Nabi Isa. nabi Isa akan turun semula menjelang kiamat.

Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqaddis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia. Sila baca Protokol of Zion (dari buku The International Jews, Henry Ford)

Protocol No. 22: The Power of Gold

In our hand is the greatest power of our day-Gold: In two days we can procure from our storehouses any quantity we may please.

Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020.



Protocol No. 24: King of the Jews

The king of the Jews must not be at the mercy of his passions, and especially of sensuality: on no side of his character must he give brute instincts power over his mind. Sensuality worse than all else disorganizes the capacities of the mind and clearness of views, distracting the thoughts to the worst and most brutal side of human activity.



Kesimpulannya, Yahudi terlalu hendakkan baitulmuqaddis disebabkan EMAS, membina semula Solomon Temple dan menunggu penabalan Raja Yahudi iaitu al-Masih Dajjal yang akan bersemanyam di Solomon Temple tersebut.

Penulis : Noor Muzammil Mohamad
ibnuyaacob.com

Kamis, 18 Februari 2010

Episod 2: Ramalan Nostradamus Berdasarkan Hadis

Di antara yang disebut oleh Michael Nostradamus (1503-1566) seorang rakyat Perancis berketurunan Yahudi, tokoh peramal dari Barat yang terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat. Menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie dalam buku The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001, beliau meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia.


Menurut beliau:
1. Akan muncul A New World Religion.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.


Di sini saya ingin menghuraikan berkenaan perkara-perkara yang disebut oleh Nostradamus berdasarkan hadis, sekaligus membuktikan terdapat "mala-fide" Yahudi dalam konspirasi mengelirukan umat Islam.


1. Akan muncul A New World Religion.

Kemunculan satu kuasa baru dunia berteraskan agama telah disebut secara nyata oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa hadis. Di antaranya:

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal membaharu (menghidupkan) urusan agamanya." (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadis sepakat mengatakan hadis ini sahih) Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, iaitu 1420 Hijrah.

Mengikut tafsiran ulama, yang dikatakan awal kurun itu ialah 1/4 yang pertama. Ertinya kita kini berada di awal kurun. Sebagaimana janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW ini, pastilah akan lahir seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini. Berbetulan pula kini kita melangkah ke alaf ke-3 Masehi dan berada di awal tahun 2000. Dalam sebuah hadis yang lain, bersabda

Rasulullah SAW: "Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa'-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam." (Riwayat Ahmad)

Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman Khulafa'-ur-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rosak sedang rakyat masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang semula. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.


2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.

Kebangkitan yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin dari Timur sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadis disebutkan berkenaan pemimpin dari Timur itu:

A.Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi." (Hadis riwayat At Tabrani)

B. Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiklah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)


3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.

Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut. Siapa sahaja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Sementelahan pula Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman. Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadis. Ini adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada sifat demikian dan di negeri-negeri berkenaan, mereka menjalankan 'kerja-kerja kotor' iaitu cuba memadamkan kalimah Ilahi dengan pelbagai cara. Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam buat kali kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah wilayah-wilayah di Indonesia sejak dahulu lagi menjadi sasaran utama mereka kerana mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya "The Man from The East" itu.

Selain itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi) di sebelah sini iaitu di Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat operasi bagi kaum Nasrani manakala Singapura pula adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi. Dari kedua-dua tempat itulah mereka memantau seluruh Asia Tenggara ini, terutamanya Indonesia kerana dipercayai oleh mereka Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang di Indonesia. Itulah bukti kukuh kepercayaan para pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan.



Namun, atas sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama perniagaan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar mereka ke atas umat Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat kuat menyimpan niat sebenar mereka sehingga tidak pernah dapat diketahui oleh mana-mana umat Islam di kawasan ini sejak dahulu hingga ke hari ini. Perkara-perkara ini hanya dapat diketahui melalui pendedahan oleh para sarjana dan cendekiawan mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan mereka sendiri sahaja. Begitu bijaknya mereka beroperasi. Boleh jadi juga negara tersebut ialah Tanah Melayu yang telah menjadi Malaysia kini. Pada peringkaat awal, pihak musuh lebih beranggapan Indones ialah tempat yang dimaksudkan. maka mereka berjuang silih berganti menjajah Indonesia, menyebarkan ajaran Kristian dan cara hidup Yahudi di sana. Mereka terlupa dalam keghairahan itu, sebuah negara yang juga terletak di antara tiga laut, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Lautan Hindi. Indonesia adalah kepulauan, oleh itu ia sudah tentu dikelilingi oleh laut, sedangkan Malaysia (khususnya semenanjung) hanya di lingkungi tiga penjuru. Di Utaranya tiada laut (tanah besar Thailand). Umat Islam tidak boleh memandang remeh tentang perkara ini. Kajian pihak musuh bukan kajian yang main-main kerana mereka berjuang antara hidup dan mati.


Jika dilihat suburnya Islam berbanding negara-negara Timur yang lain, Malays ialah yang terkehadapan. Walaupun masih amat banyak kelemahan, itulah yang paling kuat keIslamannya. Bukan diihat di sudut kuantiti penduduk tetapi di sudut kualiti penghayatan.


Di sudut bangsa pula, bangsa Melayu adalah bangsa yang belum pernah menguasai dunia berbanding bangsa-bangsa lain. Mungkin ini peluang untuk bangsa Melayu. Sudah tentu pula pemimpin yang dimaksudkan itu tidak hanya berjuang dalam lingkungan tempatan, kedaerahan atau kenegaraan semata-mata. Perjuangannya adalah perjuangan global yang menjadikan tanah airnya sebagai tapak globalisasi Islami. Mana tahu kalau-kalau pemimpin itu telah ada. Bahkan pasti ada jika merujuk kepada hadis, kita kini berada hampir di penghujung awal kurun. Mungkin beliau sedang berjuang tetapi tidak disedari oleh musuh-musuh, atau dianggap remeh oleh musuh. Begitulah apabila Allah mahu mengalahkan musuhNya.
Mungkin juga pemuda tersebut akan muncul di selatan thailand.Boleh lihat keaadaan disana yang berlaku sekarang ni.


4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.

Semua manusia di seluruh dunia akan terkejut besar dengan perlantikannya sebagai pemimpin manusia di Timur. Pernyataan ini disebutkan oleh Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya. Ketika itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu, ekonominya akan lumpuh terus dan hapus lalu beliau gantikan dengan sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan sangat stabil. Sistem ekonomi Islam yang beliau lagang nanti akan turut menggemparkan seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan yang pakar-pakar di seluruh dunia. Sistem ekonomi Islam beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosial is dan sebagainya itu akan hancur, lumpuh dan tidak bermaya. Akhirnya, sistem ekonomi Islam yang beliau lagang itu nantilah yang akan berkembang pesat dan meruntuhkan seluruh sistem ekonomi yang sedia ada di dunia. Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh pemimpin tersebut. Kedatangannya memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana sebelum ini dipenuhi oleh kezaliman.


Dari Ibnu Mas'ud RA, katanya, "Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, "Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?" Baginda menjawab, "Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi." (Riwayat Ibnu Majah)

Keadilan yang ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap aspek samada politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Sabda Nabi SAW: "Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang pemuda yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi." (Riwayat At-Tabrani)


5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).

Oleh kerana pemimpin tersebut adalah seorang pejuang Islam yang amat cinta kepada Rasulullah SAW, pastilah segala sunnah Rasul itu diperjuangkannya. Tidak mungkin seorang pejuang Islam tidak berserban seperti Rasulullah SAW. Walaupun ketika ini, amalan sunnah seperti berserban itu telah dimomok-momokkan oleh orang. Disebutkan tentang warna serban, sebenarnya banyak hadis menyebut tentang serban pemimpin ini, samada secara khusus ataupun secara umum (merangkumi pengikut-pengikutnya). Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir karangan Imam As Sayuti. Ketika kemunculannya hanya dia seorang yang memakai serban berwarna biru di dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma sekali-sekala sahaja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahawa hanya beliau seorang yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika itu, terutamanya ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di atas kepala sebagai pakaian harian, apatah lagi untuk memakai serban yang berwarna biru atau hijau. Berat pula pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian serban berwarna biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur itu. Maknanya, serban warna biru itu dipakainya ketika beliau mula-mula mendapat kuasa di negeri sebelah Timur dan mula-mula diberikan baiah oleh sekalian manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan serban biru oleh Nostradamus.


6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.

Ini suatu yang tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh dunia termasuk oleh para ulamanya. Maksudnya di sini ialah, hari Khamis malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin selepas sembahyang Maghrib di masjid, di surau atau di rumah. Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam Jumaat itulah beliau akan membanyakkan zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang yang menyambut malam raya. Mungkin maksudnya beliau menjadikan malam Jumaat itu sebagai masa untuk membaca selawat dan mengamalkan zikrullah sehingga jadilah malam Jumaat itu sebagai sangat istimewa bagi dirinya. Dan memang pun begitu keadaannya bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman para sahabat lagi, hinggalah zaman salafus soleh dan diteruskan hingga kini, mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai suatu hari raya dan malam berpesta-pesta amal dan taqarrub kepada Allah. Pesta seperti ini hanya mampu dilakukan oleh para wali Allah dan orang-orang soleh sahaja. Mereka menyambutnya dengan penuh kegembiraan, semangat baru dan azam baru untuk melipatgandakan amal ibadat kepada Allah. Itulah maksud sebenar yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus, dengan kenyataan bahawa, beliau menjadikan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehinggakan hari Khamis malam Jumaat yang mulia itupun sudah dianggap tidak berbeza langsung daripada hari-hari dan malam-malam lainnya. Tahun yang disebut iaitu tahun Masehi 2000 telah tiba. Sebagai orang yang beriman dengan hadis sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di mana, di saat ini pihak musuh Islam lebih-lebih lagi peka, maklumlah mereka dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa dengan iman dan taqwa, serta berusahalah untuk mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan itu.


Sabda Nabi SAW, "Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji." (Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)