Selasa, 16 Februari 2010

Bahtera Nabi Nuh A.S - The Great Noah Ark

Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri 'berharga' yang berusia lebih 5000 tahun. Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu.

bahtera nabi noh


Gambar2 itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn 'rahsia2' penting yg lain di Pentagon. Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yg bermaksud 'Gunung Kesengsaraan' atau dgn nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.

Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg 'mahaberharga' itu.Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yg masih menjadi tanda tanya,kesemua orang2 yg berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai2 bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dgn penuh misteri.

Hanya semata2 kerana gambar tersebut. Memang ramai org yg telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu telah mati misteri. Soalnya sekarang, mengapakah 'kuasa2 besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera ?. Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar2 ada di puncak Mt .Ararat itu ? Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai,kerana selama itu orang menafikannya.

Samalah The Great Noah Ark tu pun.Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 thn itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa utk dibongkar. Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yg kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu they all dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu.

Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam. Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer.Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang.

Mengikut para pendaki yg pernah melihat 'Noah Ark' di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. 'Noah Ark' itu diperbuat drp spesis kayu purba yg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi. Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit.

Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dgn jari yg digunakan oleh orang2 zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang 'Noah Ark' ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. Ada juga Para Pengkaji berpendapat,'Noah Ark' berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang.

lokasi


Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan. Hari nih terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.

Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu.Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168 )

The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ? Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yg unik.

Antara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu. Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turkey.

Gunung ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu 'Russia,Iran,Turkey'.

Kedudukan Mt.Ararat yg sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau korang tengok CNN hari nih pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak2 Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey. Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira2 25 batu garis pusat.

Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora. Sebuah 'anchor' purba yg besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Sebuah 'batu nisan' yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.

lokasi


Pada tahun 1917,Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut. Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut. Dalam keadaan tergaman,kagum mereka mengambil gambar sebanyak yg mampu.

Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji] Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Sumpahan Kepada Presiden US?

Setakat ini, semua presiden US yang dilantik pada tahun yang berakhir dengan '0' telah mati, dibunuh atau cuba untuk dibunuh.

1840: William Henry Harrison (mati semasa berkhidmat)
1860: Abraham Lincoln (dibunuh)
1880: James A. Garfield (dibunuh)
1900: William McKinley (dibunuh)
1920: Warren G. Harding (mati semasa berkhidmat)
1940: Franklin D. Roosevelt (mati semasa berkhidmat)
1960: John F. Kennedy (dibunuh)
1980: Ronald Reagan (cubaan membunuh tidak berjaya)
2000: George W. Bush ?


Fakta-fakta menarik lain ...

Abraham Lincoln dilantik ke Kongres pada tahun 1846.
John F. Kennedy dilantik ke Kongres pada tahun 1946.

Abraham Lincoln dilantik menjadi Presiden pada tahun 1860.
John F. Kennedy dilantik menjadi Presiden pada tahun 1960.

Keduanya:
- aktif dalam memperjuangkan hak asasi manusia.
- telah ditembak mati pada hari Jumaat.
- telah ditembak dikepala.
- telah di tembak oleh pembunuh yang berasal dari bahagian selatan US.
- telah diganti oleh presiden baru yang berasal dari selatan US.
- telah diganti oleh presiden baru yang bernama Johnson.


Yang lebih pelik ...

Sekretari Lincoln bernama Kennedy.
Sekretari Kennedybernama Lincoln.

Andrew Johnson, yang mengantikan Lincoln, lahir pada 1808.
Lyndon Johnson, yang mengantikan Kennedy, lahir pada 1908.

John Wilkes Booth, yang membunuh Lincoln, lahir pada 1839.
Lee Harvey Oswald, yang membunuh Kennedy, lahir pada 1939.

Booth dan Oswald telah dibunuh sebelum menjalani pembicaraan.


Yang lebih pelik ...

- Lincoln telah ditembak di sebuah panggung bernama "Ford."
- Kennedy telah ditembak didalam sebuah kereta bernama "Lincoln" buatan "Ford."
- Kedua pembunuh di panggil dengan 3 nama.
- Nama kedua pembunuh terdiri dari 15 huruf.

Yang teramat pelik ...

Seminggu sebelum ditembak, Lincoln berada di Monroe, Maryland.
Seminggu sebelum ditembak, Kennedy telah bersama Marilyn Monroe.

Ada yang mengatakan semua presiden US telah disumpah oleh kaum Red Indian. Tetapi nampaknya Bush seperti sudah selamat dari sumpahan itu, kerana berjaya selamat setelah tercekik memakan 'pretzels'.

Tazkirah Asal Kejadian Jin

Keterangan "Al-Maarij"

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau ” Al-Lahab ” iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan "Al-Maarij" itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.

Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah" sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.

Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata.Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.

Cara pembiakan Jin.

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah ” Jaan ” yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.

Agama puak-puak Jin.

Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.

Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.

Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.

Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.

Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa ” sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. ” Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.

Rupa Bentuk Jin.

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia.

Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia. Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin.

Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.

Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya )"

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.

Bukti kewujudan mereka

Berikut adalah diantara gambar-gambar koleksi dari Studions's weblog mengenai kewujudan mahluk halus. Gambar ini diambil secara kebetulan kerana pada waktu itu saya dan rakan-rakan yang lain ingin membuat proposal mengenai diri kami untuk program pemilihan model lelaki pada waktu itu.

Memang mengejutkan dan gambar tersebut memiliki bayangan aneh berupa seperti asap dan memiliki bentuk yang menyeramkan. Setelah diteliti imej asap tersebut bukannya terhasil dari pantulan flash kamera saya kerana imej tersebut terjadi bukan berada di satu kedudukan yang sama malah seperti sedang berlegar-legar dipersekitaran kami. Anda nilaikan sendiri.

Tak ada niat untuk membuat tipu helah pada imej ini untuk mendapatkan publisiti murahan. Saya berkongsi pengalaman kepada anda semua untuk menyatakan bahawa kita sebenarnya berkongsi tempat dengan mahluk-mahluk yang tidak dapat kita lihat. Artikal diatas tadi telah menerangkan secara terperinci mengenai asal usul Jin dan Syaitan. Jadi berhati-hatilah.

gambar misteri


Lihat pada penjuru gambar diatas. Perhatikan betul-betul pada bulatan yang bertanda anak panah itu. Seperti ada sesuatu bukan? Lihat gambar berikutnya selepas digelapkan dan di contraskan. Apakah yang anda nampak? Ya...asap yang menyerupai sesuatu wajah yang menakutkan.


gambar misteri gambar hantu


Lihatlah, Objek yang didalam bulatan itu seperti berlegar-legar disekitar kepala rakan saya ini. Objek berkepala tanpa badan. Amat memeranjatkan bila gambar asal ini saya gelapkan seperti gambar disebelah kanan ini.


gambar hantu gambar seram



Lihat objek yang berbulatan tersebut. Sekejap ia jauh dan sekejap ia dekat. Terbukti ia bukan kesan dari flash kamera. kamera tidak digerakkan dan gambar diambil dengan menggunakan trypot. Apa yang ‘dia’ mahukan. Masih belum puas sebab gambar entiti tersebut kelihatan jauh? Nak lagi? Lihat gambar berikut dan yang terakhir ini...pasti menyeramkan...

gambar seram gambar seram

Jelas bukan? Saya tidak mereka-reka cerita atau menggimikkan laman Weblog saya ini cume ingin berkongsi pengalaman sebenar yang saya ada pada anda semua. Kita hanya mampu meramal tetapi hanya Allah S.W.T maha mengetahui segala-galanya. Kembalilah kepangkuannya....

Tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T

Perkara ni terjadi pada tahun lepas, 4/1/2007, semasa mak aku tengah potong daging 'Raya Korban'. Tak salah aku bahagian ekor lembu. Sedang mak aku potong-potong tu, mak aku trus panggil aku. Aku ingat ape hal. Macam penting sangat je benda yang nak tunjukkan pada aku ni...bile aku tengok je, sah memang mengejutkan...KALIMAH ALLAH tertera pada bahagian dalam daging tu. Biasa selama ni aku dengar dan lihat kat tv dan akhbar je. Kali ni betul-betul terjadi didepan mata kepala aku sendiri. Ape lagi, aku terus capai handphone LG model KG320, aku snap beberapa keping gambar untuk tatapan anak cucu cicit aku nanti. Nak tunjukkan bahawa kebesaran Allah terdapat dimana-mana sahaja.

pelik


Ini adalah potongan yang kelima (5)(tak salah aku...ingat2 lupe dah). Nampak...jelaskan!! Daging ni pun nampak fresh lg walau di simpan dipeti sejuk 2-3 ari.


kalimah-allah-pada-daging


Aku perincikan lagi dengan beberapa potongan daging tu lagi. Menakjubkan...subahanallah..


kalimah-allah-pada-daging-2


Terasa keluarga aku dapat rahmat yang tidak disangka-sangka. Bila daging-daging ni dimasak harumannya cukup membuka selera seisi keluarga aku. Aku yang alah pada daging pun hentam juga sebab nak rasa punya pasal. Tapi bila aku makan tak ada rasa gatal-gatal pula seperti biasa yang aku alami sebelum ni. Lagi pun daging ni memang lembut dan senang dikunyah. Itulah tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T.


*p/s: Jangan lupe sembahyang aaa....

Misteri Yakjuj dan Makjuj

Tahukah anda bahawa di sebalik pembangunan dan kemodenan di seluruh pelusuk dunia pada hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri.Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi.

Makhluk itu dikenali sebagai Yakjuj dan Makjuj.

Kewujudan dua makhluk itu adalah benar dan sahih kerana ianya dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat.

Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.Mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka.

Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa', ayat ke-96 dan 97.

Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu:

"Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.

"Mereka berkata: 'Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?.

"Zulkarnain berkata: 'Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi'.

"Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: 'Tiuplah (api itu)'. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu.

"Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar'."

Dalam ayat surah an-Anbiyaa' pula, Allah berfirman: "Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): 'Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim'."

Selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai 'di tempat terbit matahari' iaitu timur dunia," katanya.Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.

Peta Caucasus


Kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu.Tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok.Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat.





Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi.Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati.Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.

source : Berita Harian

Tahukah anda??

Fakta Menarik

1. Tahi burung adalah eksport utama Nauru, iaitu sebuah negara pulau yang terletak di barat Lautan Pasifik.

2. Cuba adalah satu-satunya pulau di Lautan Carribbean yang mempunyai landasan kereta api.

3. Perkataan ‘Canada’ dalam bahasa India bermaksud ‘Kampung Besar’ manakala perkataan ‘I am’ adalah ayat yang paling pendek dalam bahasa Inggeris. Sementara itu perkataan ‘samba’ pula bermaksud ‘menggosok pusat bersama-sama’.

4. Ukuran sari untuk pakaian harian dan ketika menghadiri majlis-majlis tidak rasmi adalah sepanjang 2 meter manakala untuk majlis rasmi 3 meter. Apabila hadir ke sesuatu majlis, wanita India akan menentukan sari mana yang sesuai dipakai.

5. Pada 25 Februari 1885, Medical and Physical Journal di London telah melaporkan satu kejadian aneh tentang seorang lelaki berusia 77 tahun yang pada mulanya sihat walafiat, tiba-tiba mengeluarkan peluh tanpa henti. Journal itu seterusnya melaporkan, lelaki tua berkenaan akhirnya meninggal dunia selepas tiga bulan berpeluh tanpa henti!

6. 25 Oktober 1881, Malaga, Sepanyol: Seorang bidan membiarkan seorang bayi lelaki terbaring di atas meja kerana menyangka bayi tersebut telah meninggal dunia semasa lahir. Bagaimanapun, bapa saudara bayi tersebut yang juga seorang doktor tidak begitu meyakininya. Lantas doktor berkenaan telah memberikan bantuan pernafasan hingga bayi tadi bernafas semula. Bayi lelaki yang berjaya diselamatkan nyawanya itu kemudian diberikan nama, Pablo Picasso, yang apabila dewasa menjadi pelukis terkenal dunia.

7. Tapat sulaiman tidak mempunyai otak.

8. Pada Mac 1846, Muzium British telah menerima hadiah berupa koleksi siput dari Greek & Mesir. Daripada sekian banyak siput itu, terdapat dua ekor siput Mesir yang telah digam pada sebuah plak dan diletakkan di dalam kebinet pameran. Kejadian aneh berlaku empat tahun kemudian iaitu pada Mac 1850 apabila kelihatan ‘sesuatu’ yang licin dan berkilat di sekeliling mulut salah seekor daripada siput berkenaan. Spesimen itu diambil dan dimasukkan kedalam sebekas air. Mengejutkan, selepas 10 minit direndam, spesimen itu bergerak-gerak, kemudian mengelilingi bekas air tersebut. Rupa-rupanya ia adalah seekor siput kecil! Siput itu terus membesar dan lima bulan kemudian majalah Annals and Magazine of Natural History melaporkan siput itu makan apa saja sayuran yang diberikan kepadanya terutama daun kubis dan salad.

9. Sebelum masuk ke dalam sistem solar kita, planet Venus asalnya adalah sebuah komet.

10. Di Florida, Amerika, terdapat syarikat insurans yang menawarkan perlindungan daripada diculik makhluk asing.

11. Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat hingga boleh mematahkan tulang-temulang kita, tetapi otot yang bertindak membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah hingga kita boleh memegang mulut reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan.

12. Fakta ini untuk pembaca yang suka mewarnakan rambut: Suatu ketika dahulu, masyarakat Rom & Mesir kuno menggunakan campuran minyak panas dan sisa berudu hancur untuk membuat pewarna rambut!

13. Kira-kira 60 juta tahun lalu, nenek moyang kuda yang ada sekarang hanyalah setinggi satu kaki sahaja.

Rupa dan lokasi Masjidil Aqsa sebenar...JANGAN KELIRU...

Sebelum itu...kita hayati dahulu peristiwa Israk Mikraj.


Sebelum Israk dan Mikraj


Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa )


Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:


i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

iii.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);


Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :


§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).


§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.


§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.


§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.


§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.


§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.


§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.


§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.


Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.


Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat. (Hadis riwayat Muslim)


Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah )


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


i.Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


ii.Langit Ke-2: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.


iii.Langit Ke-3: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.


iv.Langit Ke-4: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.


v.Langit Ke-5: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.


vi.Langit Ke-6: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.


vii.Langit Ke-7: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu.


Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).


viii.Tangga Ke-8: Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.


ix.Tangga Ke-9: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.


x.Tangga Ke-10: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:


Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.


Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.


Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah alBaqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Selepas Mikraj


Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam. (Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)


Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.


Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi S.A.W langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.


Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah S.W.T. Allah telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda S.A.W.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).


Sumber: firdaus.net


Inilah Masjidil Aqsa..